BERGEDIL DAGING




Assalamualaikum semua ...

BEGEDIL DAGING... salah satu menu tengahari saya, untuk dimakan dengan nasi. Boleh juga kalau nak makan dengan SOTO. Sedap tu !  Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 ulas bawang merah (dicincang halus)
sedikit daging (dipotong kecil)
1/2  sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)

BAHAN B
3 biji ubi kentang yang bersaiz besar (direbus masak, dibuang kulit dan dilenyet)
1 biji bawang besar (dipotong 4 dan dihiris sederhana tebal)
2 biji cili merah (dibelah 2 dan dihiris nipis)
4 tangkai daun sup (dihiris sederhana tebal)
sedikit daun bawang (dihiris sederhana tebal)
1 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
* Kalau nak lebih pedas, boleh lah ditambah sedikit cili padi. Fuhh !!! sedap

BAHAN C
Minyak secukup nya untuk menggoreng bergedil (boleh menengelamkan begedil)
1 biji telur + 3 sudu besar air (di bancuh sekali)

Cara-Cara Memasak:-
BAHAN A
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah. Goreng sampai betul-betul garing.
3. Masukkan daging dan lada hitam. Bila daging telah masak boleh lah diangkat.
* Proses menggoreng daging tidak memakan masa yang lama kerana saiz potongan daging.

4. Masukkan bahan A yang telah dimasak kedalam bahan B, di gaul rata dan di bentukkan mengikut saiz kesukaan.

5. Panaskan minyak dalam kuali.
6. Celupkan bergedil kedalam bancuhan telur (bahan C) dan goreng.
7. Semasa menggoreng, JANGAN sesekali mengalihkan bergedil kebahagian sebelah selagi bahagian bawah gorengan tidak benar-benar garing, ini dalah untuk mengelakkan ia hancur.

* Selamat menjamu selera ....









1 comment:

  1. MINIMAL DEPOSIT YANG SANGAT TERJANGKAU, MENYEDIAKAN BERBAGAI FASILITAS DIDALAMNYA

    • Permainan Terlengkap

    • Layanan Customer Service Online 24Jam nonstop

    • Pelayanan Super Ramah, Profesional, Teraman & Fast Respon

    • Menerima Deposit Via All Bank Lokal Indonesia

    • Menerima Deposit Via Pulsa Telkomsel & XL

    • Menerima Deposit Via Ovo

    Tunggu Apalagi? Daftar sekarang juga Di Zeusbola


    INFO SELANJUTNYA SEGERA HUBUNGI KAMI DI :
    WHATSAPP :+62 822-7710-4607




    ReplyDelete

Powered by Blogger.