A

A

KACANG KUDA GORENG MANIS-MANIS PEDAS


Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
1 mangkuk kacang kuda di rendam semalaman dan direbus sehingga empok dan di sejat airnya.

BAHAN B
sedikit minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)

BAHAN C (Masukkan dalam blender dan mesin)
8 biji cili kering
sedikit belacan

BAHAN D
air asam jawa (dari asam sebesar ibu jari)
segenggam ikan bilis
3 sudu besar gula putih
garam

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan B dan goreng sehingga hampir garing dan berbau harum
3. Masukkan bahan C dan bahan D dana masak sehingga kuah pekat.
4. Masukkan bahan A (kacang kuda yang dah siap direbus).
5. Masak sehingga kuah berpalut pada kacang dan bolehlah diangkat.

* Selamat menjamu selera .....

No comments:

Powered by Blogger.