A

A

PAJERI NENAS

 
Jom kita semak RESEPI....

BAHAN A (Bahan Tumis)
Minyak masak
2 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
2 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
3 Tangkai Daun Kari
1 biji Bawang besar (Hiris nipis/tumbuk)
5 ulas Bawang Putih (hiris nipis/tumbuk)
Sedikit Halia (Hiris memanjang)

BAHAN B
2 sudu besar 'penuh' Rempah Kari DAGING ,
* Jika suka kari yang pekat boleh ditambahkan lagi 1 sudu
1/2 sudu besar Lada Hitam (di tumbuk)
1 sudu besar Udang Kering (di tumbuk lebam-lebam)
5 sudu besar penuh Gula Putih
1 sudu besar Kerisik
Garam

BAHAN C
Santan Cair dari 1/2 biji kelapa.
1 biji nenas segar 1/2 masak (Nenas JANGAN sekali-kali di rebus)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan bahan B. Besar kan api dan biar kan ia mendidih selama 5 minit. Kemudian kecilkan api dan masak lagi sehingga rempah terbit minyak yang banyak. Sentiasa kacau supaya rempah tidak hangit dan berkerak.
4. Masukkan bahan C dan perlahankan api.
5. Masak sehingga pajeri mendidih perlahan-lahan dan bolehlah diangkat.

*Selamat menjamu selera .....

No comments:

Powered by Blogger.