A

A

SAMBAL TUMIS TALANG KERING 'TERUNG PIPIT'

 
 
Menu tengahari paling simple... tapi sedap.  Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis.
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)

BAHAN B
25 biji cili kering(direbus dan di mesin bersama sedikit belacan)
Air Asam jawa (dari asam yang bersaiz sebesar ibu jari)
* Jangan di tambah garam

BAHAN C
Ikan Talang kering (Di potong kiub yang bersaiz sederhana besar dan digoreng 'masak' terlebih dahulu.  Ikan kalau bersaiz terlalu kecil, akan menjadikan sedikit keras apabila di goreng)
Terung Pipit

BAHAN D
1 biji BawangBbesar (dihiris bulat-bulat dalam saiz yang tebal)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang keperangan dan semerbak harum.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga minyak terbit yang banyak dari masakan.
4. Seterusnya masukkan bahan C. Masak ~ 5 minit lagi.
5. Sebelum angkat masukkan hirisan bawang besar.
6. Siap dan boleh dihidangkan.

* Selamat menjamu selera .....



No comments:

Powered by Blogger.