A

A

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI



Menu tengahari, Jom kita semak RESEPI ...

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis.
4 ulas bawang putih (dihiris nipis atau ditumbuk)
4 ulas bawang merah kecil (dihiris nipis atau ditumbuk)

BAHAN B
20 biji cili kering di mesin bersama sedikit belacan
Air Asam jawa (bersaiz sebesar ibu jari)
3 Papan petai Padi, dikikis kulit nya sedikit, dipotong sebiji sebiji dan direndam kedalam air untuk mengelakkan ia menjadi kering dan kehitaman.
Kiub Ikan Bilis KNOR.
sedikit garam (*untuk semua masakan udang, sukatan garam perlulah diKURANGKAN)
Sedikit gula (jika suka)

BAHAN C
15 ekor Udang yang bersaiz besar (jangan dibuang kulit nya, hanya dibuang tahi dibelakang dan dikepala udang)
3 biji bawang besar (dihiris bulat-bulat dalam saiz yang tebal)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang hampir keperangan dan semerbak harum.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga cili menjadi sedikit kering dan minyak terbit dari masakan.
4. Seterusnya masukkan bahan C dan teruskan memasak <> 10 minit dengan api yang sederhana besar.
5. Siap dan boleh dihidangkan.

* Selamat menjamu selera .....

No comments:

Powered by Blogger.