Sila Click sini ya... Terima Kasih !

SPAGHETTI FRIED PRAWN


Assalamualaikum semua !!!

Menu sarapan pagi hari ini SPAGHETTI FRIED PRAWN yang simple tapi amat menyelerakan. Jom kita semak RESEPI .....

1/3 paket spaghetti (direbus ~ 30 minit sehingga lembut dan di tapis)

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 ulas bawang merah (dicincang)

BAHAN B
1 camca besar Sos Tiram
1 camca besar Kicap manis KIPAS Udang
sedikit  lada hitam (ditumbuk)
sedikit air

BAHAN C
15 ekor Udang hidup (Saiz sederhana besar)
Lobak merah (dipotong kiub)

BAHAN D
Daun Bawang
Cili Merah/Cili padi
Bawang goreng

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan A sehingga bawang menjadi hampir garing.
3. Masukkan bahan B.
4 Apabila kuah telah menjadi pekat, masukkan bahan C.
5. Akhir sekali masukkan spaghetti yang telah siap direbus tadi.
6. Sebelum makan, taburkan bahan D.

* Selamat menjamu selera .....

No comments:

Powered by Blogger.