A

A

TAUHU HAINAN STYLE


Hari ni saya masak sayur tauhu ala ala Hainan style, emm sedap sekali. Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 ulas bawang merah (dicincang halus)
sedikit daun sup ~ 3 batang (dihiris sederhana tebal)

BAHAN B
2 cawan air
2 sudu besar Sos Tiram
sedikit garam

BAHAN C
1 biji Lobak Merah (dipotong memanjang)
3 keping tauhu (dibelah 4 setiap satu)
2 Chiken Franfurter Ayam Bercendawan- AYAMAS(Di potong sederhana tebal)

BAHAN D
1 biji Cili Merah/Hijau(dihiris)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A. Goreng sehingga bawang keperangan dan daun sup menjadi layu.
2. Masukkan bahan B dan masak sehingga kuah mendidih.
3. Masukkan bahan C dan masak lagi sehingga kuah mendidih kembali dan boleh lah diangkat dan dihidangkan.
4. Taburkan dengan cili merah / cili hijau sebelum makan.

* Selamat menjamu selera .....

No comments:

Powered by Blogger.