A

A

BUTTERMILK PANCAKE


 
Menu sarapan pagi BUTTERMILK PANCAKE.

Ohhh lembut nya... tak rugi mencuba resepi dari CMG. Lembut sangat-sangat ditambah lagi dengan kelemakkan dan keharuman butter.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Satukan dan ayak)
1 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh sodium bicarbonate

BAHAN B (Campurkan semua dan pukul dengan Whisk)
1 camca besar gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 cawan susu segar + 1 camca besar cuka makan( Simpan <> 5 minit hingga mendadih)
4 camca besar susu segar
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-Cara Memasak:-
1. Bahan A di ayak dn bahan B dibancuh dengan whisk.
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A.
3. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit butter.
4. Sendukkan adunan ke dalam Nons Stick Pan dan biarkan ia rata sendiri (Tak perlu lenggang).
5. Masak dengan api kecil hingga permukaan pancake berlubang2 dan kering.Terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan.
6. Angkat dan buat kaedah sana untuk baki adunan. Saya dapat 6 keping untuk satu adunan ini.
Cuba lah.... SEDAP dan amat lembut.

* Selamat menjamu selera .....


4 comments:

  1. Assalammualaikum, ingatkan tadi kawan saya Liza Intai Dapur, rupanya org lain..hehe.
    Hari ni pun kakpb buat pancake, alhamdulillah menjadi, selalu tak jadi.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, saya kali pertama buat terus menjadi...ikut resepi CMG..sebiji-sebiji

    ReplyDelete
  3. sedap makan dengan apa pancake ni?..makan kosong gitu jer ke atau nak kena letak jem br sedap...rekemen sikit..nak try la...x pernah buat lg..mana la tahu kot2 anak2 suka..hmm de la asyik makan nasi lemak jer...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.