Sila Click sini ya... Terima Kasih !

CURRY DAGING BUAH BELINJAU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !!!

Pernah makan buah Belinjau ?  Sedap tau kalau dibuat gulai bersama daging.
Buah belinjau ni berbentuk bujur, mempunyai tiga lapisan kulit dimana bahagian kulit pertama dan ketiga boleh dimakan. Kulit pertama /kulit luar berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar merah setelah ia masak.
Kulit kedua buah agak keras dan selalu nya tidak digunakan dalam masakan, kulit ini berwarna kuning pada peringkat muda dan bertukar kepada coklat gelap setelah masak.
Manakala lapisan kulit ketiga yang seakan-akan melekat pada biji adalah berwarna putih dan nipis.

Jadi kita perlu proses buah ini dahulu sebelum ia dapat digunakan dalam masakan, agak cerewet sikit tapi ok lah berbaloi. Cara memproses nya...buah tu kena dibelah 2, lepas tu dikeluarkan lapisan kulit kedua yang keras antara biji dan kulit. Itu saja yang cerewet nya....adalah ambil masa ~1 jam.. hehehe

Jom kita semak RESEPI .....
* Saya masak Kari hari ini tanpa menggunakan santan, hanya 2 cawan air sebagai ganti

BAHAN A (Bahan Tumis)
Minyak Masak
1 sudu besar Minyak Sapi 'Ghee Blend'
2 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
2 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
2 tangkai Daun Kari
Halia sebesar 2 ibu jari (di hiris nipis memanjang)
5 ulas Bawang Putih (dihiris nipis)
1 biji Bawang Besar (dihiris nipis)

BAHAN B (Campur semua sekali)
Serbuk Kari Ayam Babas 3 sudu besar penuh + sedikit air
1/2 kilo Daging

BAHAN C
2 cawan air (menggantikan santan)
2 keping Asam Gelugor
Garam
1/2 kiub Pati Daging Lembu KNOR

BAHAN D
Buah Belinjau

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dan Minyak Sapi didalam periuk.
2. Masukkan bahan A. Goreng hingga wangi dan bawang menjadi keperangan.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga terbit minyak yang banyak dan daging empok. Kacau selalu supaya tidak berkerak.
4. Masukkan bahan C, kacau supaya ia bercampur rata dan terus masukkan buah Belinjau.
5. Kecilkan api dan biarkan kuah mendidih perlahan-lahan.

* Selamat menjamu selera .....







No comments:

Powered by Blogger.