A

A

GULAI IKAN SELANGAT




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Menu tengahari ...GULAI IKAN SELANGAT.

Selalu nya ikan ini digoreng saja sebab ia memang banyak tulang. Tetapi dalam banyak-banyak tulang, ikan ini bagi saya TERamat lah sedap kalau dibuat kari. Tambah-tambah kalau dapat ikan yang fresh-fresh... keras-keras lagi.  Rasa kari nya, terutama AROMA nya TERamat lah wangi dan menyelerakan.

Jom kita semak RESEPI .....

15 ekor Ikan Selangat

BAHAN A (Bahan tumis)
3 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih (di tumbuk)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (di tumbuk)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (Bancuhan Rempah)
Rempah serbuk ikan babas 4 sudu besar (penuh/bun-bun)
60 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas
sedikit garam

BAHAN C
Santan dari 1/2 biji kelapa(Kalau suka) atau 2 gelas air biasa

BAHAN D (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
2 biji cili hijau besar, dibelah 2 dan di buang biji

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan 3/4 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas.
2. Masukkan bahan A dan kacau jangan hangit dan sehingga keperangan dan wangi.
3. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
4. Apabila tumisan tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan rempah masak dan ia menjadi sedikit kering dengan minyak yang bergeledangan yang banyak.Setiap 5 minit kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan bahan C, Kacau-kacau supaya rempah sebati dengan santan.
6. Terus masukkan Ikan dan bahan D. Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan.

TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan-ikan akan hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)

* Selamat menjamu selera .....


No comments:

Powered by Blogger.