A

A

MEE GORENG TAUHU



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ...

Pagi ni kita layan MEE GORENG TAUHU . Jom kita semak RESEPI ...

1/2 kati Mee Basah
2 segenggam taugeh
Sedikit Kubis

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 ulas bawang merah (dicincang)

BAHAN B
4 keping tauhu (Dipotong dadu kecil-kecil)

BAHAN C
2 FRANFURTHER Ayam Bercendawan
2 camca besar Sostiram
3 camca besar Kicap Masin  Kipas Udang
2 camca besar sos Cili Life
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)

BAHAN D
Daun bawang
Cili merah
Telur dadar yang dihiris halus
Limau kasturi

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan kuali dan tumis bahan A sehingga keperangan.
2. Masukkan Tauhu  dan goreng sehingga 3/4 garing
3. Masukkan bahan C. Masak lagi ~ 5 minit
4. Masukkan Mee (yg telah di basuh sedikit) dan sedikit Kubis. Gaul rata.
5. Sebelum angkat, masukkan taugeh.
6. Tabur dengan bahan D sebelum makan.

* Selamat menjamu selera .....

2 comments:

  1. Assalamualaikum ....

    terima kasih atas perkongsian resepi. Teringin nak cuba. Salam kenal dari cahayaqaseh or nurhana adilla (fb) :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.