A

A

MOMORDICA CHARANTIA CRUNCHY..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !!!
Hehehe saja buat suspen, sebenarnya peria goreng aja. 'MOMORDICA CHARANTIA' adalah nama scientific nya. Emm buat untuk kedua kali nya.
Sedap !!! RANGGUP di bahagian luar dan lembut di dalam. BESTssssssss  sangat-sangat. Tambah-tambah kalau makan panas-panas.
Resepi kali ini dibuat sedikit kelainan dimana ditambah hirisan daun kari. Jom kita semak RESEPI .....

1 biji Peria - Potong bulat dan di buang biji nya

... Campur semua (Kecairan adunan saperti untuk goreng Pisang.. Pekat)
1 cawan Tepung Beras
Air Kapur 1 sudu makan (Air saja ya.. bukan kapur nya)
2 biji telur
1 sudu teh Jintan Manis (Tumbuk halus)
1 sudu teh Jintan Putih (Tumbuk halus)
1 sudu teh Lada Hitam/Putih (Tumbuk Halus)
1 kiub Ikan bilis KNOR
3 tangkai daun Kari (dihiris nipis dan halus)
Garam

Sedikit kunyit
Sedikit air

Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak
2. Celupkan peria kedalam adunan dan goreng.
3. Pastikan adunan kekuningan dan garing sebelum di angkat.
 
* Selamat menjamu selera .....

4 comments:

  1. kak ruby dah biasa mkn tapi lum pernah buat, nnti boleh lah wat, share resepi ye........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. silakan. senang aja nak buat tu, yang pasti sedap makan panas-panas.

      Delete
  2. as-salam
    mmg dah npk RANGGUP sotong tu..ni mesti sedap sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam, sedikit pembetulan.. ini bukannya sotong tapi peria.. memang ranggup. sedap

      Delete

Powered by Blogger.