Sila Click sini ya... Terima Kasih !

MOI LEMAK-LEMAK BERDAGING


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Selamat 'Hari Pekerja kepada semua... terutama kepada kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, surirumah-surirumah, yang bekerja sendiri dan kepada sesiapa saja yang rasa diri nya bekerja walau pon dengan membuat kerja-kerja atau urusan-urusan yang berkaian dengan rumahtangga....semua nya bekerja.
Kepada yang tak bekerja, asyik tidur dan beristirehat aja,  tak boleh nak rayakan hari ni lah  hihihih....

OK lah sarapan apa cuti-cuti ni ??? Makan Moi nasi  sedap juga. Dengan rasa lemak-lemak Santan, dicampur dengan sedikit daging lebih kurang macam bubur lambuk lah juga. Sesuai sangat kepada yang rasa badan tu tak berapa nak sihat atau yang kurang berselera nak makan...

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
1 cawan Beras
7 cawan air
sedikit halia (dihiris memanjang)
1/2 sudu teh 'halba sahaja'
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1/2 keping daging kisar (jenama RAMLY)

BAHAN B
1kiub pati Daging KNOR
1/2 cawan santan pekat
Daun bawang
Daun sup
Garam

BAHAN C
Bawang goreng
Cili potong/cili padi
Tambahan daun bawang/daun sup

Cara-Cara Memasak:-
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus. Sentiasa dikacau selalu supaya beras cepat hancur.
2. Setelah nasi dah hancur dan pekat, masukkan bahan B.
3. Bila bubur kembali mendidih, boleh lah diangkat.
4. Sebelum makan, taburkan bahan C.

* Selamat menjamu selera .....

2 comments:

  1. Selamat bercuti... selamat hari pekerja... sedapnya bubur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juga selamat menyambut 'Hari Pekerja' dari saya untuk Amie. Hari ni saya masak simple-simple saja, nak rehat.. maklumlah 'Hari Pekerja', kalau kerja lebih kang kena bayar double/tripple hehehe...

      Delete

Powered by Blogger.