A

A

KEK SPAN PANDAN Berkastad



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...

'KEK SPAN PANDAN Berkastad',  Emm... dah lama menyimpan hasrat nak makan kek yang mengancam ni semasa skodeng dapur Azlita. Teringin sangat-sangant... dari minggu keminggu, bulan kebulan, akhir nya taraaaa.... buat akhir nya. Sedap dan lembut sekali texture kek pandan ni ditambah lagi dengan aroma pandan.

Jom kita semak resepi

KEK SPAN PANDAN

150 gm tepung kek / tepung naik sendiri / tepung gandum
1 sudu teh baking powder
150 gm gula kastor (saya kurangkan menjadi 130gm saja)
5 biji telur
1 sudu besar ovellete
4 helai daun pandan, Pewarna hijau, Pandan emulco ( saya gantikan dengan Perasa Pandan yang dah bewarna)
80 ml air
80 ml mentega cair

Cara-Cara Mengadun:-
Panaskan ketuhar pada suhu 170C, 15 minit lebih awal sebelum memasukkan adunan

1. Jika menggunakan Daun Pandan, ia harus di gunting halus dan dikisar bersama 80 ml air.
2. Mentega di cairkan atas api dan disejukkan.
3. Tepung dan baking powder diayak bersama.
4. Masukkan gula, telur, ovellete, tepung dan baking powder kedalam mangkuk adun.
5. Dengan kelajuan maksima menggunakan pemutar bentul belon (pemutar telur), pukul bahan sehingga menjadi putih, ringan dan gebu (~10 minit)
6. Masukkan Perasa Pandan dan air dan terus putar dengan kelajuan tinggi yang sama.
7. Masukkan mentega cair dan kaup balik secara manual sehingga  adunan rata (Jangan terlebih kaup/balik kerana kek akan mampat dan tidak gebu/ Udara yang terperangkap di dalam kek akan menyebabkan kek berlubang-lubang bila dipotong nanti)
8. Tuang adunan yang telah siap ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 40 minit

Nota
1. Kek ini akan mengecut dan turun sedikit masa minit terakhir proses membakar
2. Setelah kek masak segera keluarkan kek dan terus terbalikkan kek atas redai. Ini bagi mengelakkan kek turun oleh tarikan graviti.
3. Selepas 10 minit, keluarkan dari loyang
4. Kek span di bahagikan kepada 3 lapisan dan di ketepikan.
---------------------------------------------------------
KASTAD PANDAN

BAHAN A
180 gm gula kastor
500 ml air daun pandan
1 sudu makan serbuk agar-agar segera (saya gunakan agar-agar tali ~3 gram)

BAHAN B
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu teh pewarna hijau
secubit garam

BAHAN C (Untuk Hiasan)
1 cawan kelapa kering

Cara-Cara Membuat Kastad:-
1. Campurkan kesemua Bahan A kedalam periuk  dan masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
2. Satukan Bahan B dalam mangkuk dan gaul rata dan masukkan kedalam 1 di atas.
3. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
---------------------------------------------------------
Cara-Cara Melapis:-
1. Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.
2. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan dan tuang 1/3 adunan kastad.
3. Letakkan lapisan kedua  dan tuang lagi 1/3 adunan kastad lagi.
4  Letakkan lapisan ketiga  dan tuang lagi 1/3 adunan terakhir.
5. Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya.
6. Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk.
7. Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
8. Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda.

* Selamat Menjamu Selera .....





No comments:

Powered by Blogger.