A

A

MASAK LEMAK LABU


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Hari ini kita layan resepi labu aja OK ke ???...

BAHAN A
1/2 biji labu
1 mangkuk santan pekat
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/3 kiub ikan Bilis KNOR
sedikit garam

BAHAN B
2 biji bawang besar(dipotong 8)
1 biji cili merah
6 biji cili padi kampong
sebiji telur ayam

BAHAN C
segenggam soon

Cara-Cara Memasak:-
1. Satukan Bahan A didalam periuk dan masak dengan api yang perlahan sehingga labu 3/4 masak.
Pastikan supaya santan tidak pecah minyak.
2. Masukkan Bahan B dan masak lagi selama 5 minit.
3. Sebelum angkat masukkan Bahan C. Siap.. Simple kan

* Selamat menjamu selera

2 comments:

  1. Cili padi kampung tu yang tambah menyengat... waduh2 enak banget nih!

    ReplyDelete
  2. saya kalau masak, kalau tak letak cili padi... tak sah.. hehehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.