Sila Click sini ya... Terima Kasih !

MEE ASAM LAKSA Citarasa Kak Chah


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...

Hari ni nak layang menu ala M.A.L.A.S masak......................hehehe !
Lagi pon dah lama tak makan mee segera ni SEDAP JUGA.

Jom kita semak resepi .....

BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis
1 ulas bawang putih (dihiris nipis)

BAHAN B
2 cawan Air
Sedikit daun kesom
3 sausage ayamas Black pepper
1 fish cake  (dihiris sederhana tebal)

BAHAN C
1 bungkus Mee Segera 'Asam Laksa' (saya guna jenama CINTAN)

BAHAN D
segenggam Taugeh

BAHAN E
1 biji Limau Kasturi
2 biji cili merah/cilipadi
Sedikit Daun Bawang

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih sehingga keperangan.
2. Masukkan bahan B (Air, daun Kesom, Sausage dan fish cake). Biarkan kuah mendidih sehingga sausage dan fish cake masak sehingga sempurna.
3. Masukkan bahan C (mee bersama perencah) dan masak lagi hingga mee lembut mengikut citarasa masing-masing. Sebelum angkat, masukkan taugeh.
4. Tabur bahan E sebelum makan.

* Selamat menjamu selera .....



No comments:

Powered by Blogger.