Sila Click sini ya... Terima Kasih !

ROTI CANAI GORENG MINYAK SAPI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Menu untuk minum petang, nyum nyum nyum....'Roti Canai Goreng Minyak Sapi'.
Emmm.... nak buat roti canai memang tak berapa nak pandai. Tapi kalau bab alter- meng alter ni haaa bagi kat saya. heheheh...  Hasil nya saperti menu ni lah

Maaf ya ! roti canai tu saya beli. Semata-mata khas nak buat 'Roti Canai Goreng Minyak Sapi'.

Jom kita semak resepi.....

BAHAN A
2 keping roti canai.
sedikit minyak sapi GHEE BLEND (anggaran 1/3 sudu)
sedikit garam

BAHAN B
1 ulas bawang besar (dihiris sederhana tebal)
2 biji cili padi (dihiris kecil)
1/2 sudu teh perencah  Maggi 'Cukup Rasa'

Cara-Cara Memasak:-
1. Setiap keping roti canai, di BUKA lapisan nya menjadi kepingan nipis.
2. Ratakan minyak sapi dan garam pada roti canai diatas. (Gaul sedikit-sedikit aja).
3. Masukkan kedalam kuali dan tutup tudung nya. Masak dengan api yang paling kecil, alih-alaih kan supaya roti garing dengan sekata.
4. Sebelum angkat, masukkan bahan B. Masak ~ 5 minit lagi dan boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera .....

No comments:

Powered by Blogger.