Sila Click sini ya... Terima Kasih !

SAMBAL TUMIS BILIS TAUHU GORENG


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...

Menu untuk tengahari ni amat sesuai kepada mereka yang gemar masakan pedas dan dan Tauhu. yessss...menyelerakan sekali

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis.
5 ulas bawang putih (dihiris nipis atau ditumbuk)
5 ulas bawang merah kecil (dihiris nipis atau ditumbuk)

BAHAN B
15 biji cili kering di mesin bersama sedikit belacan
1/2 sudu teh perencah Maggie 'Cukup Rasa'
Air Asam jawa (Asam bersaiz sebesar 1 ibu jari aja)
Segenggam Ikan bilis

BAHAN C
5 ketul Tauhu (digoreng dan di potong 3 segi )
3 biji bawang besar (dihiris bulat-bulat dalam saiz yang tebal)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang keperangan dan semerbak harum.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga minyak terbit dari masakan.
4. Seterusnya masukkan Tauhu yang telah digoreng terdahulu. Masak dengan api yang sederhana sehingga kuah mendidih kembali.
5. Sebelum angkat masukkan hirisan bawang besar.

* Selamat menjamu selera .....

No comments:

Powered by Blogger.