A

A

DAGING MASAK LENGKUAS



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hari ni saya post resepi berbuka yang menjadi kegemaran keluarga saya yang mana resepi ini adalah ciptarasa dari emak saya. Yang pasti ia memang sedap... Kalau dah rasa, emmm...memang nak buat lagi.
Saudara yang datang kerumah apabila dihidangkan dengan lauk ini memang akan memuji keenakkan nya.

Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas... Tetapi kalau makan dengan nasi tomato atau nasi-nasi special yang lain lagi sedap.

Selalu nya resepi ini dipadankan dengan ayam,  kebetulan masih ada berbaki daging dalam peti sejuk, jadi saya tukarkan kepada daging.
Masa Sahur.. makan dengan nasi panas-panas dengan kuah nya saja pon dah cukup, boleh tambah nasi sampai 3 pinggannnnnn....... keh keh keh...jangan tak percaya .....betullll . Tapi tambah sikit-sikit lah sebab nak makan panas-panas!

Jom kita semak resepi....

BAHAN A
Minyak untuk menumis
2 kuntum Bunga Lawang
2 kuntum Bunga Cengkih
2 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
3 tangkai Daun Kari
sedikit halia (di hiris nipis memanjang)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
6 ulas bawang putih (ditumbuk)

BAHAN B
30 -35 biji Cili Kering (Bergantung kepada saiz cili)  (Direbus dan di mesin halus bersama air)
1 sudu teh lada hitam (tumbuk)
4 batang Serai (diketuk)
Lengkuas sebesar 4 ibu jari  (di ketuk)
2 biji Tomato biji (dibelah 2)
2 Asam keping (yang bersaiz sederhana)
Garam

BAHAN C
1 kilo Daging...dipotong lebar-lebar

BAHAN D
1 helai Daun Kunyit (Hiris besar-besar)
3 helai Daun limau purut
2-3 biji Bawang besar (dipotong bulat-bulat besar)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bertukar keperangan dan wangi.
3. Masukkan bahan B dan C. Masak hingga cili naik minyak dan daging lembut (Pastikan kuah pekat).
4. Akhir sekali masukkan bahan D. Kalau nak letak sedikit kicap Masin KIPAS UDANG pon boleh.
5. Siap

* Selamat menjamu selera .....





2 comments:

  1. masuk senarai nak cuba lauk ni...mengoda selera... :)

    ReplyDelete
  2. Cubalah. In Syaa ALLAH sedap. Memang lauk kegemaran keluarga saya. Jika buat dengan ayam, pastikan ayam tu digoreng dahulu ya...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.