Nuffnang

MASAK ASAM IKAN TENGGIRI


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua ....

Pejam-celik, pejam-celik, pejam-celik... dah dekat 1/2 bulan kita berpuasa ya. Sekejap saya masa berlalu.
Bagi saya, suasana berpuasa sejak 2-3 tahun kebelakangan ni, tak sama dengan suasana berpuasa dulu-dulu tu. Entah lah.......

OK lah posting untuk hari ini 'MASAK ASAM IKAN TENGGIRI'.
Kalau dengar pada nama masakan tanpa melihat atau merasa, mungkin ada yang ingatkan ASAM PEDAS REBUS atau ASAM PEDAS TUMIS.  Bukan......bukan, bukan  !
Nama saja hampir sama tapi tak sama. Jauh sangat perbezaan nya.

Resepi ini menggunakan asam jawa sebagai bahan Utama. dan tidak menggunakan cili mesin. Tetapi kalau yang ingin kan sedikit rasa pedas boleh lah dicampakkan beberapa biji cili padi atau cili merah sebagai tarikkan.

Salah satu menu kegemaran saya semasa kecil hingga lah sekarang dan memang amat sesuai kalau dihidangkan pada anak-anak kecil mahu pon dewasa kerana ia tidak pedas. Haruman halia dan ikan goreng memang menyelerakan sekali.

Sajian untuk kali ini telah disajikan oleh Kakak saya.

Jom kita semak Resepi....

BAHAN A (Perap)
Minyak untuk menggoreng
Beberapa keping isi ikan tenggiri  (Boleh digantikan dengan ikan kembong/bawal /sardin)
sedikit garam
sedikit kunyit

BAHAN B
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
2 inci halia (2 ketul bersaiz ibu jari) - tak perlu ketuk

BAHAN C
1 sudu besar asam jawa (diperah.. buat lebih sebagai kuah)
kicap masin Kipas Udang

BAHAN D
2 biji bawang besar (dipotong bulat tebal)
Cili padi (sebiji-sebiji)
*1 sudu teh lada hitam (tumbuk) *optional  jika suka

Cara-Cara Memasak:-
1. Perap ikan dan goreng sehingga masak dan angkat.
2. Menggunakan minyak yang sama (kurangkan minyak jika berlebihan), tumis bahan B sehingga wangi.
3. Masukkan bahan C dan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan terbit minyak.
4. Sebelum angkat masukkan Ikan dan bahan D. 
5. Siap untuk dihidangkan.

* Selamat menjamu selera .....

2 comments:

  1. ooo.. ikan kena goreng dulu ye... nampak mudah tapi sungguh menyelerakan! Suka makan tenggiri.

    ReplyDelete
  2. Salam, kalau nak ganti dengan ikan bawal pon sedap Amie. Kebetulan hari tu ada ikan tenggiri jadi saya ON je lah, Sesuai sangat untuk anak-anak yang kurang gemar masakan pedas. Saya suka makan dengan nasi panas-panas berulam kan cili padi kampong.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.