A

A

SWEET COKCO-LET Banana



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...

Pertama kali makan juadah yang disediakan oleh Chef IPIN ini amat teruja sekali. SEDAP....
Selalu makan yang biasa-biasa aja. Nak tahu kuih apa tu ? Emmm....Sebenar nya goreng pisang, tapi telah diolah resepi nya dengan begitu kreatif sekali oleh Chef yang kebetulan sedang bercuti hujung minggu di Penang ni.

Goreng pisang selalu nya saya makan begitu saja, atau dicecah dengan cili kicap atau kalau disebelah Utara ni kami cecah dengan gulai kering... terangkat gitu... hehehe.

Tapi resepi ni terasa begitu sedap sekali.. sedikit kelainan maklumlah lebih manis dengan kelemakkan Coklat tu...disamping aroma butter dalam coklat.

Pisang pula... yang sedap kalau nak di buat goreng seelok-elok nya adalah Pisang Raja, Pisang Awak dan Pisang Abu. Mungkin banyak lagi, tapi yang lain tu saya tak pernah cuba masak. Yang paling sedap Pisang Raja.. pisang yang menjadi kegemaran emak saya.

OK lah jom kita semak resepi

BAHAN A
Pisang (Raja, Awak atau Abu) dibelah 2 secara menyerong 3 segi
Minyak secukupnya untuk menggoreng

BAHAN B (Campur semua)
3 sudu besar tepung beras (elakkan guna tepung yang tersedia dipasaran kerana kebanyakkan nya akan menyerap minyak selepas digoreng)
3 sudu besar air Kapur Makan (air saja ya. bukan kapur nya. Tujuan supaya minyak tidak banyak menyerap semasa menggoreng)
secubit garam
sedikit air

BAHAN C
5 sudu besar gula putih
sedikit essen vanila
sedikit air

BAHAN D
Coklat masakan 
1/3 sudu besar butter(sedikit aja)

BAHAN E
Gula-gula bewarna

Cara-Cara Memasak:-
1. Pisang dibelah 2 secara menyerong 3 segi, celup kedalam adunan B dan goreng sehingga masak.
2. Masukkan Gula putih dan air kedalam periuk dan masak sehingga hampir pekat dan sebelum angkat masukkan sedikit essen vanila.
3. Double boilkan Coklat masakan sehingga cair dan terus masukkan butter, kacau supaya bercampur dan angkat.
4. Masukkan pisang yang telah digoreng kedalam piring, letakkan cairan gula dan coklat yang telah masak tadi keatas pisang goreng dan tabur kan dengan manik-manik gula yang bewarna.
5. Siap untuk dimakan.

1 comment:

  1. Hmmm... sudah pasti sedap...pisang raja memang best.. ;)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.