Sila Click sini ya... Terima Kasih !

BUTTERMILK PANCAKE vs Rendang Pedas Daging


Assalamualaikum dan Salam Syawal semua...

Hari ni posting entry tertunda pada hari raya ke 5 sebagai sarapan pagi dan bekal sampingan selain dari nasi goreng untuk tetamu yang akan pulang ke Johor.  Juga untuk saya sekeluarga yang akan berbuka Puasa 6.

Terasa sedap lah pula  dengan texture lempeng yang lembut dan manis dicicah pula dengan baki rendang pedas tempoh hari. Pada hari tu saya buat 3 adunan. Emmm habis semua .....

Jom kita semak resepi ...


BAHAN A (Satukan dan ayak)
1 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh sodium bicarbonate

BAHAN B (Campurkan semua dan pukul dengan Whisk)
1 camca besar gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 cawan susu segar + 1 camca besar cuka makan( Simpan <> 5 minit hingga mendadih)
4 camca besar susu segar
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-Cara Memasak:-
1. Bahan A di ayak dn bahan B dibancuh dengan whisk.
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. 
3. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit butter.
4. Sendukkan adunan ke dalam Nons Stick Pan dan biarkan ia rata sendiri (Tak perlu lenggang).
5. Masak dengan api kecil hingga permukaan pancake berlubang2 dan kering.Terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan.
6. Angkat dan buat kaedah sana untuk baki adunan. Saya dapat 6 keping untuk satu adunan ini.
Cuba lah.... SEDAP dan amat lembut



BAHAN A
1 kilo daging (dipotong mengikut saiz kesukaan)
2 sudu besar penuh rempah kari daging 'BABAS'
4 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
santan dari 1 biji kelapa
4 tangkai daun kari
1 asam keping

BAHAN B (dicampur semua dan dimesin halus)
30-40  biji cili padi
1 inci halia
2 helai daun kunyit
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 ketul lengkuas sebesar 1/2 tapak tangan
1 'biji buah pala' (boleh di beli di kedai mamak)
3 sudu besar minyak masak (untuk mempercepatkan proses mengisar)

BAHAN C
3 sudu besar penuh minyak sapi 'Ghee Blend'

Cara-Cara Memasak:-
1. Satukan bahan-bahan A dan B kedalam kuali dan masak sehingga kuah menjadi pekat (1/2 kering).
2. Sentiasa di kacau supaya tidak berkerak/hangit
3. Masukkan minyak sapi 'Ghee Blend' dan teruskan memasak sehingga menjadi pekat mengikut kesukaan kita

2 comments:

  1. Salam kenal...dah beli Aroma September..Alhamdulillah dpt kenal fha di situ...tahniah..akak follow..pancake ni nampak sedap sgt fha..rajin fha masak walaupun masih single :)

    ReplyDelete
  2. Salam persahabatan dari saya. Masak simple-simple saja Mieza, untuk diri sendiri dan keluarga

    ReplyDelete

Powered by Blogger.