A

A

GULAI TULANG BETIK MUDA


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...

Posting menu berbuka untuk kali ini... Gulai Tulang yang disulam dengan Buah Betik Muda. Pernah makan buah betik yang di buat gulai ? Kalau belum pernah, cuba lah, amat sedap tapi mesti betik Muda tau....... bukan betik yang 1/2 atau masak sepenuhnya.

Jom kita semak resepi.

BAHAN A
3/4 cawan Minyak Masak

2 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
3 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
3 tangkai Daun Kari
Halia di hiris nipis memanjang
8 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 biji Bawang Besar (ditumbuk)

BAHAN B (Campur semua sekali)
1 kilo tulang lembu
1 sudu besar kerisik
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
2 paket Serbuk Kari Ayam Babas + 1 mangkuk air
2 asam keping

BAHAN C
1 mangkuk Santan Cair
1 biji betik muda (dibuang kulit dan dibelah mengikut saiz kesukaan)
Garam

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk .
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bertukar keperangan dan berbau harum.
3. Masukkan Bahan B dan masak sehingga terbit minyak yang banyak dan daging empok. Sentiasa dikacau supaya tidak hangit dan berkerak.
4. Masukkan bahan C dan kecilkan api. Biarkan kari masak perlahan-lahan dan betik masak sempurna dan lembut.
5. Siap dan boleh di hidangkan

* Selamat menjamu selera ...



No comments:

Powered by Blogger.