A

A

NASI ARAB KABSA Kambing ...





Assalamualaikum..

Menu hari ini special dari hari-hari biasa..... NASI ARAB KABSA 'KAMBING' ....

Semalam ke Tesko Seberang Jaya.. plan asal hanya nak beli udang...sebab Udang di Tesco memang murah... besar lagi !

Rancang-rancang  tu nak buat masak lemak udang saja untuk hari ni. Entah macam mana terbeli pulak Kambing hehehe..

Jadi....plan A kena tukar ke plan B lah nampak gaya nya. 
Tapi plan B... tak kan nak panggang saja.. 

Kalau masak nasi arab tentu sedapkan .....

FHA pernah makan 'Nasi Mandhi berlaukkan Kambing' yg dijual di Kantin 'Ibu Pejabat Tabung Haji, KL' sedapppppppp U, sampai tak terkata-kata sebab sakit kepala . Kambing lah kan hahaha......

Tapi hari ni FHA teringin nak makan.....
Harap-harap jadi ubat .....

Jadi semalam FHA pujuk jugak-jugak Pakcik Google suruh selongkar dapur kawan-kawan cari resepi.
Selongar punya selongar, akhir nya Pakcik berkenan dengan resepi Raidah Resepiraidah.

Selepas congak-congak ada bahan yang tak ada dalam simpanan pulak.
Tak apalah guna saja apa yang ada kat dapur.. kita saja yang nak makan kan....

Sosnya pula FHA tak buat, FHA nak menikmati nasi dan daging saja. Cukup memadai dengan gorengan bawang besar bersama Cili Padi.

***** (5 bintang) diserahkan kpd Raidah kerana ...FHA boleh habiskan nasi walaupon tanpa lauk. Amat sedap sekali .....


Jom kita semak resepi ...

BAHAN A 
2 keping daging Kambing ~ 1/2 kilo

BAHAN B (Rempah Kabsa)
Senarai dibawah disangai secara berasingan dan ditumbuk haluskemudian dibahagi kpd 2,
-1 bahagian untuk diperap dgn daging dan direbus
-1 bahagian lagi akan digaul semula pada daging yang telah siap direbus/sebelum dibakar

8 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh lada hitam biji
1 camca teh jintan manis biji
1 camca teh jintan putih biji
1 camca teh kunyit
1 camca teh serbuk cili (* tidak dimasukkan)
buah pelaga hitam (* tidak dimasukkan)

BAHAN C
3 helai daun pandan
Air untuk merebus

BAHAN D
1 sudu besar minyak sapi Ghee Blend
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

BAHAN E
1 biji tomato  (di belah 4)
1 sudu besar Tomato Puri
3 helai daun pandan
1/2 kiub Daging lembu KNOR
1/2 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 biji cili hijau (dipotong besar)
garam

BAHAN F
2 cawan Beras brasmathi (dibasuh,  direndam selama 1/2 jam dan ditoskan)

BAHAN G
Sedikit pewarna orange dan merah
sedikit saffron + air mawar

BAHAN H
1/2 camca besar butter
2 biji bawang besar (dihiris tebal)
10-15 biji cili padi merah

Cara-Cara Memasak Sup untuk Nasi:-
1. Perap daging dengan sebahagian dari rempah Kabsa sekurang-kurang nya 2 jam.
2. Masukkan daging bersama bahan perapan(bahan B) dan bahan C kedalam periuk dan rebus sehingga daging empok.
3. Angkat dan asingkan daging dengan Sup nya.

Cara-Cara Memasak Nasi:-
1. Panaskan minyak sapi Ghee Blend dalam rice cooker dan tumis bahan D sehingga hampir garing.
2. Masukkan bahan E dan goreng selama~ 5 minit.
3. Masukkan bahan F (beras) dan goreng lagi ~ 5 minit
4. Masukkan 3 cawan air rebusan daging (Pastikan air rebusan yang panas/baru mendidih) masak saperti masak nasi biasa.
5. Apabila nasi telah masak, biarkan ia ~ 10 minit, renjiskan bahan G dan tutup kembali periuk 
6. Biarkan 5-10 minit barulah di gembur.

Cara-Cara Membakar Daging
1. Daging yag telah siap direbus tadi diperap sekali lagi dengan sebahagian dari Rempah Kabsa (bahan B).
2. Panaskan kuali pembakar dan letakkan sedikit butter dan bakar daging.
3. Tidak perlu bakar terlalu lama kerana daging dah di masak tadi.

4. Akhir sekali, dengan butter lebihan dari bakaran daging, tumis bawang besar dan cili padi,
5. Goreng sehingga layu,
6 Angkat dan taburkan diatas daging.

* Selamat menjamu selera ...








4 comments:

  1. Assalamualaikum FHA...menarik nampak nasi arab FHA....=)

    ReplyDelete
  2. W'salam, alhamdulillah memang sedap resepi dari Raidah ni, cuba lah. Makan nasi saya pon dah terasa ...

    ReplyDelete
  3. memang spesel....bestnya kambing!!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.