A

A

SOTONG GORENG BER'AROMA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !

Saperti biasa menu tengahari saya simple-simple aja... iaitu berlaukkan Sotong yang digoreng dengan dengan cili hidup dan ditambah sedikit daun kari untuk menaikkan aroma masakkan.

Jom kita semak Resepi .....

BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis
4 tangkai daun kari
1 sudu teh perencah Maggi 'Cukup Rasa'

BAHAN B (diperap 1/2 jam)
1 Kilo Sotong (Saya masak sekor-sekor sebab sotong bila dah masak ia akan mengecut)
sedikit kunyit
sedikit garam

BAHAN C (ditumbuk)
4 biji cili hidup
1 biji bawang besar

Cara-cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan sotong dan goreng <> 5-7 minit untuk mengecutkan / mengeluarkan air dari sotong.
3. Keluarkan sotong dari kuali (*untuk mengelakkan ia terlebih masak).

4. Masukkan bahan C dan 'Daun Kari' kedalam kuali yang berisi minyak dan air sotong tadi dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
5. Masukkan kembali sotong kedalam kuali dan balik-balikkan <> 5 minit dan boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera .....

2 comments:

  1. As Salam. Blog ini memang hebat dan menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih KASIH ILMAR. Sekadar berkongsi ilmu yang tak seberapa ...

      Delete

Powered by Blogger.