Sila Click sini ya... Terima Kasih !

HATI GORENG Ala.ala... TomYam


Assalamualaikum dan Salam sejahtera ...

Mencari sedikit kelainan untuk resepi Hati kali ini...

Selain dari goreng kunyit atau Masak Cabai yang menjadi kegemaran keluarga saya, saya juga suka memasak ala ala Thai... sedap juga !

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis

BAHAN B (Diperap 1/2 jam)
Hati lembu (anggaran 400 gram)
1 kiub Tom Yam KNOR
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1 batang serai (ketuk lebam)

BAHAN C
2 bawang besar (dihiris tebal)
10-15 biji cili padi
Jus dari 1 biji limau kasturi
3 helai daun limau purut
Sedikit kacang panjang (dipotong serong)
sedikit kicap masin Kipas Udang

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B.
2. Tutup kuali supaya hati masak sempurna didalam dan tidak menjadi keras / liat
3. Apabila  hampir masak, masukkan bahan C. Gaulkan seketika dan boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera ...

2 comments:

  1. Assalamualaikum...FHA..nampak menyelerakan hati msk tomyam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Umie Jazz. Saya memang suka masakan Thai. Jadi cuba olah-olah mengikut selera sendiri. OK juga .. sedap

      Delete

Powered by Blogger.