Sila Click sini ya... Terima Kasih !

KURMA DAGING .. Berlada Hitam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ..

Jom layan Kurma Daging untuk hidangan tengahari ...
lemak-lemak pedas gitu ...

Sedikit kelainan dalam resepi kali ini ...
Dimana saya tambahkan 1 biji buah pala dalam masakan untuk dapatkan bauan pala dihujung-hujung rasa  !
Ditambah pula dengan keharuman Limau Katuri yang diperah semasa dihidangkan ... fuhh layannnn !

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
4 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
sedikit halia

BAHAN B
1/2 kilo daging
1 paket rempah Kurma 'Babas'
2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 biji buah pala (ditumbuk)
2 biji ubi kentang (dibelah 2 atau 4 bergantung kepada saiz ubi)
sedikit air

BAHAN C
Santan pekat dari 1/2 biji kelapa
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1 biji tomato (dibelah 2)
2 biji cili hijau (dipatahkan 2)
1 sudu teh perencah maggie 'Cukup Rasa'
garam

BAHAN D
3 biji limau kasturi (Perah untuk dapatkan Jus)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis bahan A sehingga hampir keperangan.
2. Masukkan bahan B dan masak sehingga daging empok dan terbit minyak  yang banyak dalam rempah.
3. Masukkan bahan C dan dibiarkan sebentar sehingga santan mendidih sedikit-sedikit barulah diangkat.
4. Sebelum makan.. perah kan limau kasturi.

* Selamat menjamu selera ...

4 comments:

  1. Assalamualaikum FHA..ngancam habih...kurma daging ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w' salam. Saya pon dah lama tak buat. Sekali-sekala buat sedap juga .

      Delete
  2. As salam. Dah lama saya tak buat masakan kurma, nampak enak dan menyelerakan bila tengok pic ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. ada sipi-sipi rasa buah pala ..Alhamdulillah sedap.

      Delete

Powered by Blogger.