Sila Click sini ya... Terima Kasih !

LEMAK CILI PADI TELUR ASIN


Assalamualaikum semua...

Resepi hari ni sedikit kelainan..
Jom cuba Masak lemak Cili Padi telur Asin/ Masin

Sedap ...

BAHAN A (Untuk menumis)
Sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit halia sebesar ibu jari(ditumbuk)
3 batang serai (Ketuk-Ketuk bagi lebam)
Lengkuas..sebesar 2 ibu jari (Ketuk Ketuk bagi lebam)
20-30 biji Cili Padi (Mesin halus). Lagi sedap kalau guna cili padi kampong
1 sudu teh Serbuk Kunyit

BAHAN B
Santan Pekat dari 1 biji kelapa
1/2 kiub Pati Ikan Bilis KNOR
2 keping asam gelugor

1 helai daun kunyit (Di hiris besar-besar)
2 helai daun limau purut
Sedikit garam (kurang kan sedikit kerana telur sudah sedikit masin)

BAHAN C
3 biji telur Masin (Telur Itik)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sampai betul-betul layu.
 Pastikan bawang menjadi hampir garing..jika tidak masak lemak kurang menyengat/sedap.
3. Masukkan bahan B dan biarkan ia mendididih perlahan-lahan (Jangan biarkan santan mendidih terlalu lama kerana minyak dari santan akan terbit dan menjadikan makanan kurang menarik)
4. Masukkan telur Itik sebiji-sebiji sampai habis.
5. Tutup periuk dengan tudung untuk memastikan telur masak dengan sempurna.
6. Siap untuk dihidangkan.


* Selamat menjamu selera .....

2 comments:

  1. Assalamualaikum...x penah buat lagi telur asin dimasak gulai .selalunya Uj rebus jer...nampak sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. sedap UJ. Tapi kena pastikan telur asin yang elok lah. Elakkan terbeli telur asin yg kuning nya dah pecah.

      Delete

Powered by Blogger.