A

A

PUFF DAGING ... mengintai


Assalamualaikum semua ..

Hari tu dah layan Puff Sardin,
Hari ini layan pula Puff Daging.

Saperti biasa....
Kalau dah suka kita makan sampai jemu

Beza puff sebelum dengan puff ini cuma inti nya saja.
yang lain tetap sama !
sedap .....sipi-sipi rasa roti arab sebab taburan jintan hitam atas puff tersebut

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
10 Beberapa keping Puff Pastry

BAHAN B
1 sudu makan minyak masak
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 biji bawang besar  (dicincang halus)
1 tangkai daun kari (dihiris nipis)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih


BAHAN C
100 gram Daging (dipotong kecil)
1 sudu besar Serbuk Kari Daging 'BABAS'
sedikit air

BAHAN D
1/3 kiub daging 'KNOR'
sedikit garam
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris nipis)
8 biji cili padi kampong (dihiris nipis)
sedikit Daun Sup (Dihiris)

BAHAN E
Sedikit jintan hitam

Cara-Cara Memasak Inti:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga garing
2. Masukkan bahan C dan masak sehingga daging lembut dan rempah berpalut pada daging.
3. Akhir sekali sebelum angkat, masukkan bahan D.

Cara-Cara Membalut :-
1. Ambil sekeping puff pastry dan alas pastry dengan plastik yang tersedia.
2. Potong pastry kepada 2 bahagian secara menyerong untuk mendapat bentuk 3 segi. Pastikan satu bahagian sedikit besar yang akan dijadikan pembalut dibahagian atas.
3. Kelar-kelar bahagian yang besar tadi. Pastikan kelaran tersebut tidak terlalu panjang jika tidak hasil nya saperti dalam gambar...hehehe
4. Pada satu bahagian lagi, sudukan inti keatas nya dan tutup dengan kepingan yang berkelar tersebut.
5. Kemaskan tepinya dan tekan dengan garfu, pastikan ditekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar yang di sapu dengan sedikit minyak sayur.
6 Sapu atas puff dengan kuning telur dan tabur sedikit jintan hitam.
7.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200C selama 25 minit atau sehingga keperang-perangan.

* Selamat menjamu selera ...

6 comments:

  1. Assalamualaikum...aduhhh mengancam sungguh lah puff tu...sedapnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam,... simple je , saya buat inti aja, kulit beli yang dah siap. Senang kan..

      Delete
  2. Saya suka puff... isilah apa-apa inti,... cepat je habis!
    Cantik taburan jintan hitamnya tu FHA... buat pemanis rupa paras puff.

    ReplyDelete
  3. salam..

    puff daging ni memang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W' salam Bbwana, Inti apa-apa pon sedap, lagi-lagi kalau daging. Yang ini saya letak daging dan bawang saja.. kebetulan tiada stok kentang.

      Delete

Powered by Blogger.