Sila Click sini ya... Terima Kasih !

PUTIH TELUR-BERLADA PUTIH Goreng Butter

Assalamualaikum semua..

Elakkan pembaziran..

Telur putih yang tidak digunapakai dalam bancuhan Kek Lapis Sarawak berbelas-belas biji, saya goreng bersama Lada putih untuk dijadikan sebagai lauk tengahari.

memang enak sekali bagi saya...
disamping kurang kolesterol !

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
1 1/2 camca besar penuh Butter Cup
15 biji telur putih
2 ulas bawang besar (dibelah 8 dan dihiris sederhana tebal)
1 biji cili merah(dibelah 4 dan di hiris sederhana tebal) atau kalau nak lebih sedap digantikan denagn 5-8 biji cili padi kampong
1/2 camca besar serbuk lada putih 'Ajishio'
sedikit garam

BAHAN B
sedikit daun bawang

Cara-Cara Memasak:
1. Satukan bahan A dan kacau/kocak sehingga sehingga rata.
2. Panaskan butter dalam kuali dan masukkan telur yang telah dikocak.
3. Biarkan seketika baru lah dikacau. Angkat setelah telur masak.
4. Tabur dengan daun bawang.

* Selamat menjamu selera ...

5 comments:

  1. sayang kan kalau dibuang putih telur tu..bila buat macam ni x la membazir..nampak sedap pula tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bbwana, memang sayang kalau dibuang begitu saja, selalu nya saya akan goreng dengan butter untuk menambah aroma masakan

      Delete
  2. Assalamualaikum FHA...idea yg kreatif ni FHA....mmg berbaloikan jdi x derlah membazir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Umie.. saya buat lauk untuk tengah hari. Lauk yang simple aja...

      Delete
  3. Memang banyak lebihan putih kalau buat kek lapis... seronoknya dapat kongsi resepi ini FHA, telur putih tak berkolestrol, bolehlah buat gini kalau ada lebihan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.