Sila Click sini ya... Terima Kasih !

Oh My.... ... Pavlova.. Pavlova


Assalamualaikum Semua...

Jom layan Pavlova..
Memenuhi permintaan anak saudara ...
Pertama kali buat selepas geledah dapur CMG  dan Bisousatoi ... terpikat sudah !
Terima Kasih kerana Share Resepi dan teknik-teknik membuat nya.

Kepada yang belum pernah merasa....
emmm... based nya cukup ranggup .. se ranggup-ranggup nyaa  lah
sedap dimakan segera...
Ranggup !, Manis ! Masam ! Sejuk ! Nyamannnn... semua ada

BAHAN A (Base) Anggaran 28 keping
Based boleh dibuat awal
150 gram putih telur (anggaran 5 biji telur)
3/4 cawan gula kastor atau 150 g (boleh juga gula kasar dan dimesin halus)
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan

BAHAN B
3/4  cawan Whipping cream
Buah-buahan Strawberry, Raspberry, Blueberry dan Peach

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan oven pada suhu 150C
2. Sediakan kertas minyak, buat bulatan dengan menggunakan pensil. Saya mengunakan acuan pie yang besar  untuk melukis bulatan. kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova.Ketepikan.
3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. 
4. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata menggunakan spatula. Jangan terlalu lama.
5. Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel  jenis bulat.... Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi, kemudian paipkan sekelilingnya seperti dalam gambar. Buat sehingga habis. 
6. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven.  (Rak kedua dari bawah, api atas dan bawah / tanpa blower). Dah masak simpan dalam balang.

Untuk dihidangkan
7. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera..

Gambar kurang memuaskan kerana di ambil pada malam hari



4 comments:

  1. salam..

    pavlova memang sedap..pernah try buat..tapi, kalau sya perlu kurangkan gula lagi sebab manis sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Bbwana. Memang saya dah kurangkan gula. sepatut nya 1 cawan, tapi saya masukkan hanya 3/4 cawan saja. 150 gram.
      Based nya ranggup sangat. makan saja pon sedap

      Delete
  2. Assalamualaikum FHA..kita x pnah mkn.....nnti bole cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Umie, Ini kali pertama saya cuba buat, selepas dengan ramai yang kata sedap. Hasil nya amat memuaskan

      Delete

Powered by Blogger.