Sila Click sini ya... Terima Kasih !

SAMBAL TUMIS Bilis Telur


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Jom kita layan resepi dari Chef Jannah yang amat mengancam selera saya !

BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)

BAHAN B (dimesin halus)
sedikit belacan
30 biji cili kering (direbus dan ditapis)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

BAHAN C
sedikit air asam jawa
2 sudu besar gula putih
1/2 kiub Ikan bilis KNOR
sedikit garam

BAHAN D
6 biji telur ayam (direbus dan dikopek kulit)
1 biji bawang besar

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A.
2. Apabila bawang telah sedikit garing, masukkan bahan  B dan C. 
3. Masak dengan api yang perlahan sehingga terbit minyak yang banyak.
4. 10 minit sebelum angkat, masukkan bahan D.

* Selamat menjamu selera ...



2 comments:

  1. salam kenal faudziyah, nampak sedap sambal telur + bilis boleh lah akak try nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Kak Noor. alhamdulillah sedap. Anak saudara saya yang masakkan. Off day....

      Delete

Powered by Blogger.