Saturday, 27 April 2013

SET NASI TOMATO





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hari ni sabtu hari cuti bagi kebanyakan sektor pekerjaan, tentu ada yang luangkan masa untuk memasak yang sedikit special kan .....

OK lah menu hidangan saya hari ni 'Nasi Tomato' bersama 'Ayam Masak Cabai' (Resepi Kegemaran Emak yang sangat sedap) dan 'Tumis Acar Nenas'.

Jom kita semak RESEPI ...

NASI TOMATO

BAHAN A
1/2 sudu makan Minyak sapi GHEE BLEND
1 sudu makan penuh butter
3 ulas bawang merah (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 kuntum Bunga Lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
2 biji Buah Pelaga
2 batang kulit kayu manis

BAHAN B
1/2 cawan Tomato Puree KIMBALL
1 cawan susu cair
6 cawan air
sedikit garam
4 helai daun Pandan

4 cawan beras Brasmathi (Tidak payah direndam dahulu)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak sapi dan butter didalam kuali
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang bertukar keperangan.
3. Pindahkan semua bahan tumis bersama minyak kedalam Rice Cooker.
4. Masukkan bahan B dan masak sehingga mendidih. (Pastikan jangan terlalu lama kerana air akan berkurang)
5. Masukkan beras, kacau sedikit dan biarkan nasi masak dengan sempurna sebagaimana biasa.
-----------------------------
AYAM MASAK CABAI

BAHAN A
3/4 cawan minyak masak
3 kuntum Bunga Lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
4 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
4 tangkai Daun Kari
Halia sebesar ibu jari (dihiris nipis memanjang dan nipis)
8 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 biji Bawang Besar (ditumbuk)

BAHAN B
30 biji Cili Kering  (Direbus dan di mesin halus)
4 batang Serai (diketuk lebam-lebam)
Lengkuas sebesar 2 ibu jari (diketuk lebam-lebam)
3 Tomato biji (dibelah 2)
2 Asam keping
Garam

BAHAN C
Ayam 1 ekor + sedikit kunyit + garam (digoreng 3/4 masak)
(Tutup tudung kuali semasa menggoreng supaya ayam masak di dalam dan lembut diluar)

BAHAN D
2 helai Daun Kunyit (dihiris besar-besar)
3 helai Daun limau purut
2 biji Bawang besar (dipotong bulat-bulat besar.)

Cara-cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang bertukar keperangan.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga terbit minyak yang banyak.
4. Masukkan air sedikit(sedikit aja tau..) supaya ia berkuah kembali dan biarkan sehingga ia mendidih semula.  (NOTE: Kuah yang cair kurang sedap)
5. Masukkan ayam, bahan D dan perlahankan api supaya kuah berpalut pada ayam perlahan-lahan.
6. Masak sehingga kuah mendidih sekali lagi dan boleh terus diangkat.
---------------------------------------
TUMIS ACAR NENAS
1 biji nenas (dibelah 4 dan di hiris sederhana tebal)

BAHAN A
Sedikit Minyak utk menumis
1 sudu besar biji sawi
Sedikit halia (di hiris nipis memanjang)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 kuntum bunga lawang
3 batang Kulit kayu manis

BAHAN B
3-4 sudu besar penuh Gula Putih
5 sudu besar cuka makan
sedikit air (sikit aja)
Sedikit Kunyit
1 biji cili merah (hiris tebal)
Garam

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang bertukar keperangan.
3. Masukkan Semua Bahan B dan biarkan mendidih sedikit
4. Akhir sekali masukkan Nenas.
5. Masakkan ~ 3 minit lagi dan terus angkat.

* Selamat menjamu selera .....

Friday, 26 April 2013

KUZI DAGING


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Tengahari ini masak apa  ya ???.
Ktung, ktang, ktung, ktang haaaa.............. siap dah 'KUZI DAGING' .
Hari ni cuba ubah selera, dah selalu sangat masak gulai tu.

OK memang amat sedap. Ada bauan daun ketumbar ditambah pula dengan aroma cili hijau, dan hujung-hujungnya ada rasa manis-manis buah kismis. Amat menyelerakan, lagi lagi makan dengan nasi panas-panas berulamkan cili padi kampong. Jadi hari ni saya kena masak nasi lebih sikit.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
2 sudu besar minyak sapi GEE BLEND
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang 
2 biji buah pelaga

BAHAN B
2 sudu besar penuh rempah Kuzi
4 biji tomato (dibelah 4)
1/2 kilo daging (dipotong besar)
Air <> 4 cawan air (boleh dikurangkan jika guna daging 'Batang Pinang')

BAHAN C
Santan dari 1/2 biji kelapa
2 biji ubi kentang (dibelah 2)
sedikit garam

BAHAN D
2 biji tomato (dibelah 2)
2 tangkai daun ketumbar
2 biji cili hijau
1 biji bawang besar (dibelah 4)

BAHAN E
sedikit minyak masak
3 sudu besar kismis

Cara-Cara Memasak :-
1. Panaskan minyak sapi GHEE BLEND didalam kuali.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang keperangan.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga daging lembut dan terbit sedikit minyak.
4. Masukkan bahan C dan masak seketika sehingga kuah pekat semula.
5. Masukkan bahan D.

6. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan goreng kismis <> 1 minit. (bahan E)
7. Masukkan kismis bersama minyak kedalam masakan (item 6) di atas.
8. Siap.

* Selamat menjamu selera .....

Wednesday, 24 April 2013

MOMORDICA CHARANTIA CRUNCHY..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !!!
Hehehe saja buat suspen, sebenarnya peria goreng aja. 'MOMORDICA CHARANTIA' adalah nama scientific nya. Emm buat untuk kedua kali nya.
Sedap !!! RANGGUP di bahagian luar dan lembut di dalam. BESTssssssss  sangat-sangat. Tambah-tambah kalau makan panas-panas.
Resepi kali ini dibuat sedikit kelainan dimana ditambah hirisan daun kari. Jom kita semak RESEPI .....

1 biji Peria - Potong bulat dan di buang biji nya

... Campur semua (Kecairan adunan saperti untuk goreng Pisang.. Pekat)
1 cawan Tepung Beras
Air Kapur 1 sudu makan (Air saja ya.. bukan kapur nya)
2 biji telur
1 sudu teh Jintan Manis (Tumbuk halus)
1 sudu teh Jintan Putih (Tumbuk halus)
1 sudu teh Lada Hitam/Putih (Tumbuk Halus)
1 kiub Ikan bilis KNOR
3 tangkai daun Kari (dihiris nipis dan halus)
Garam

Sedikit kunyit
Sedikit air

Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak
2. Celupkan peria kedalam adunan dan goreng.
3. Pastikan adunan kekuningan dan garing sebelum di angkat.
 
* Selamat menjamu selera .....

Sunday, 21 April 2013

CURRY DAGING BUAH BELINJAU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !!!

Pernah makan buah Belinjau ?  Sedap tau kalau dibuat gulai bersama daging.
Buah belinjau ni berbentuk bujur, mempunyai tiga lapisan kulit dimana bahagian kulit pertama dan ketiga boleh dimakan. Kulit pertama /kulit luar berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar merah setelah ia masak.
Kulit kedua buah agak keras dan selalu nya tidak digunakan dalam masakan, kulit ini berwarna kuning pada peringkat muda dan bertukar kepada coklat gelap setelah masak.
Manakala lapisan kulit ketiga yang seakan-akan melekat pada biji adalah berwarna putih dan nipis.

Jadi kita perlu proses buah ini dahulu sebelum ia dapat digunakan dalam masakan, agak cerewet sikit tapi ok lah berbaloi. Cara memproses nya...buah tu kena dibelah 2, lepas tu dikeluarkan lapisan kulit kedua yang keras antara biji dan kulit. Itu saja yang cerewet nya....adalah ambil masa ~1 jam.. hehehe

Jom kita semak RESEPI .....
* Saya masak Kari hari ini tanpa menggunakan santan, hanya 2 cawan air sebagai ganti

BAHAN A (Bahan Tumis)
Minyak Masak
1 sudu besar Minyak Sapi 'Ghee Blend'
2 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
2 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
2 tangkai Daun Kari
Halia sebesar 2 ibu jari (di hiris nipis memanjang)
5 ulas Bawang Putih (dihiris nipis)
1 biji Bawang Besar (dihiris nipis)

BAHAN B (Campur semua sekali)
Serbuk Kari Ayam Babas 3 sudu besar penuh + sedikit air
1/2 kilo Daging

BAHAN C
2 cawan air (menggantikan santan)
2 keping Asam Gelugor
Garam
1/2 kiub Pati Daging Lembu KNOR

BAHAN D
Buah Belinjau

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dan Minyak Sapi didalam periuk.
2. Masukkan bahan A. Goreng hingga wangi dan bawang menjadi keperangan.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga terbit minyak yang banyak dan daging empok. Kacau selalu supaya tidak berkerak.
4. Masukkan bahan C, kacau supaya ia bercampur rata dan terus masukkan buah Belinjau.
5. Kecilkan api dan biarkan kuah mendidih perlahan-lahan.

* Selamat menjamu selera .....







Saturday, 20 April 2013

MASAK LEMAK CILI PADI TELUR ITIK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Menu apa tengahari tadi ?
Kebetulan semalam saya beli telur itik, jadi hari ni saya ON 'masak lemak cili padi telur Itik'.
Sekali sekala makan Masak Lemak Orang Nogori, OK juga. Sedapppp tak terhingga.

Uhhh mengancam habis, dengan lemak, pedas cili padi kampung, dan wangian daun kunyit dan lengkuas, makan pula dengan nasi panas-panas, letak sikit kicap masin kipas udang atas nasi, kalau ada yang lalu memang saya tak pandang lagi lah ...hehehe.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Untuk menumis)
Sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawag besar (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit halia sebesar ibu jari(ditumbuk)
3 batang serai (Ketuk-Ketuk bagi lebam)
Lengkuas..sebesar 2 ibu jari (Ketuk Ketuk bagi lebam)
15-20 biji Cili Padi (Mesin halus). Lagi sedap kalau guna cili padi kampong
1 sudu teh Serbuk Kunyit

BAHAN B
Santan Pekat dari 1 biji kelapa
1/2 kiub Pati Ayam KNOR
1 helai daun kunyit (Di hiris besar-besar)
Sedikit garam

BAHAN C
5 biji telur Itik

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sampai betul-betul layu.
Pastikan bawang menjadi hampir garing..jika tidak masak lemak kurang menyengat/sedap.
3. Masukkan bahan B dan biarkan ia mendididih perlahan-lahan (Jangan biarkan santan mendidih terlalu lama kerana minyak dari santan akan terbit dan menjadikan makanan kurang menarik)
4. Masukkan telur Itik Sebiji-sebiji sampai habis.
5. Tutup periuk dengan tudung untuk memastikan telur masak dengan sempurna.
6. Siap untuk dihidangkan.


* Selamat menjamu selera .....

LEMPENG BAKAR


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....

Menu sarapan pagi untuk hari ini .... amat Simple tapi SEDAP.

Orang-orang sekarang terutama orang-orang bandar, juga Mat dan Minah Salleh kenali ia sebagai BANANA PANCAKE.
Tapi dikampong-kampong, ia dipanggil sebagai LEMPENG PISANG a.k.a LEMPENG BAKAR.
Tapi kalau kat utara ni, mengikut loqat, kami sebut LEMPIANG BAKAQ ...

Walau apa nama diberi dan dipanggil sekali pon,  ia tetap kuih yang sama. Boleh dimakan begitu sahaja atau juga dicicah dengan gulai yang diperangat kering. Emmmm  amat sedap sekali, lagi-lagi dari aroma daun pisang.
Jadi kebetulan ada lebihan pisang emas, jadi kita ON projek lempeng ni....Jom kita semak RESEPI .....

(boleh dapat 5 keping yang besaiz sederhana)
1 pelepah daun pisang (digunting bulat atau empat segi mengikut saiz kesukaan)

BAHAN A (Gaulkan semua dan perap selama ~ 1 jam)
6 biji pisang emas
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula putih
sedikit garam

Cara-cara memasak:-
1. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana besar.
2. Alaskan sehelai potongan daun pisang pada dasar kuali.
3. Sudukan 2 sudu adunan atas daun pisang dan tutup dengan sehelai lagi daun pisang. Tekan sedikitkkk saja supaya daun pisang melekat pada adunan.
4. Tutup dengan tudung periuk.
5. Pastikan bahagian bawah masak terlebih dahulu sebelum ia di alihkan.

* Selamat menjamu selera .....

Thursday, 18 April 2013

KUETEAU GORENG UDANG

 
Sarapan pagi hari ini simple sekali tetapi amat sedap.. Kueteau Goreng Udang.

Jom Kita semak RESEPI .....


BAHAN A
Minyak untuk menumis
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang Putih (ditumbuk)
Sedikit daun sup (dihiris nipis)

BAHAN B
6 biji cili kering - mesin halus
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar Sos Cili LIFE
Sedikit Fish Ball/Fish cake
Sedikit Kicap MANIS Kipas Udang
Sedikit Kicap MASIN Kipas Udang

BAHAN C
10 ekor udang hidup yang bersaiz besar
Sedikit kerang rebus

BAHAN D
1/2 kati kueteau
Segenggam taugeh

BAHAN E
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Cili merah
Limau Kasturi

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan A dan masak sehingga bawang keperangan dan daun sup menjadi layu.
3. Masukkan bahan B dan sedikit air. Masak sehingga cili masak dan air kering sedikit.
4. Masukkan bahan C. Udang jangan dimasukkan terlalu awal (pada step 2 atau 3) kerana ia akan menjadi terlalu kecut dan kurang segar.
5. Masukkan kueteau dan gaul rata dengan garfu supaya tidak hancur.
6. Sebelum angkat masukkan taugeh. Kacau-kacau dan terus angkat untuk mengelakkan taugeh kecut.
7. Taburkan bahan E sebelum makan.

* Selamat menjamu selera .....

Tuesday, 16 April 2013

AIR JAMBU BATU


 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Lagi dan lagi ....Air Jambu Batu

Minggu lepas dah buat... sedap sangat-sangat. Jadi Minggu ni saya buat lagi. Nak minum sampai jemu hehehe...

Jom kita semak RESEPI ....

2 biji Jambu Batu (Yang tiada biji)
Gula Putih dalam 4-5 sudu besar (Ikut kemanisan masing-masing la..)
Air secukupnya dalam 1 Jug

Cara membuat nya:-
1. Masukkan semua dalam blender dan blend.
2. Siap. Boleh terus minum.... Tak payah ditapis
Lagi sedap kalau minum dingin-dingin.

* Selamat menjamu selera .....

GULAI IKAN SENANGIN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !

Menu hari ini saperti biasa, Kari Penang ...'Gulai Ikan Senangin'.
Saya memang jarang sekali beli Ikan Senangin. Tapi entah kenapa hari ni teringin pula nak makan.
Rasa isi ikan senangin ni memang amat sedap kalau nak dibandingkan dengan Ikan bawal. Mmmmm patutlah harga nya agak mahal.


So hari ni tiada apa-apa rampai yang dimasukkan kedalam gulai...kerana nak menikmati keenakan Ikan Senangin itu sendiri.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Bahan Tumis)
sedikit minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (ditumbuk)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (Bahan Rempah)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu teh jintan manis (ditumbuk)
1 sudu teh jintan putih (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
4 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan Babas
sedikit garam
60 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas


BAHAN C
2 ekor Ikan senangin yang bersaiz besar(dipotong mengikut kesukaan)
Santan cair dari 1/2 biji kelapa

Bahan D (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
2 biji cili hijau besar dibelah 2 dan di buang biji

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis Bahan A. Sentiasa dikacau supaya bawang tidak hangit dan masak sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besarkan api.
3. Apabila tumisan mendidih <> 5 minit, kecilkan api sedikit dan biarkan rempah masak sehingga terbit minyak yang banyak. * Setiap 5 minit pastikan ia dikacau supaya tidak hangit dan berkerak .
4. Masukkan santan dan kacau supaya rempah sebati dengan santan. Dan terus masukkan Ikan, bahan D dan kecilkan api.
5. Biar gulai masak perlahan-lahan sehingga mendidih kembali dan diangkat.


* Selamat menjamu selera ....

ROTI TELUR SARDIN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !
Sarapan apa pagi ni ? mmmmm... jom kita sarapan Roti Telur Sardin

1 sudu besar butter
3 biji telur ayam
1 tin kecil Ikan sardin
1 biji bawang besar(dihiris sederhana tebal)
2 biji tomato (dihiris sederhana tebal)
2 biji cili padi (dihiris)
1/2 Sudu teh lada hitam (ditumbuk)
sedikit garam

Roti Gardenia
Daun salad
sedikit butter untuk sapuan

Cara memasak Ikan Sardin:-
1. Panaskan butter dalam kuali.
2. Masukkan telur dan kacau sehingga 1/2 hancur.
3. Masukkan ikan sardin(hancurkan sedikit), garam dan lada hitam. Kacau-kacau <> 3 minit dan tutup api.
4. Masukkan tomato biji, bawang besar dan gaul. Siap untuk di letakkan atas roti.

Simple kan....Selamat menjamu selera .....

BUTTERMILK PANCAKE


 
Menu sarapan pagi BUTTERMILK PANCAKE.

Ohhh lembut nya... tak rugi mencuba resepi dari CMG. Lembut sangat-sangat ditambah lagi dengan kelemakkan dan keharuman butter.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Satukan dan ayak)
1 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh sodium bicarbonate

BAHAN B (Campurkan semua dan pukul dengan Whisk)
1 camca besar gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 cawan susu segar + 1 camca besar cuka makan( Simpan <> 5 minit hingga mendadih)
4 camca besar susu segar
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-Cara Memasak:-
1. Bahan A di ayak dn bahan B dibancuh dengan whisk.
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A.
3. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit butter.
4. Sendukkan adunan ke dalam Nons Stick Pan dan biarkan ia rata sendiri (Tak perlu lenggang).
5. Masak dengan api kecil hingga permukaan pancake berlubang2 dan kering.Terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan.
6. Angkat dan buat kaedah sana untuk baki adunan. Saya dapat 6 keping untuk satu adunan ini.
Cuba lah.... SEDAP dan amat lembut.

* Selamat menjamu selera .....


Sunday, 14 April 2013

CURRY FRIED CHICKEN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Menu apa tengahari ni ?
Menu saya untuk hari ni berlaukkan ayam yang digoreng bersama-sama daun kari...
Emmmm...Semerbak harum bau daun kari semasa menumis.

Jom kita semak RESEPI ....

BAHAN A
Minyak untuk menggoreng ayam (tidak perlu terlalu banyak)
(*campur semua dibawah dan perap selama 1/2 jam)
 1/2 ekor ayam dipotong mengikut saiz kesukaan
 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
 1 sudu teh jintan manis (ditumbuk halus)
 1 sudu teh jintan putih (ditumbuk halus)
 sedikit garam
 sedikit kunyit

BAHAN B
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)

BAHAN C
2 biji bawang besar (dipotong bulat dan tebal)
2 biji cili merah (dipotong menyerong)
sedikit kicap masin kipas udang

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ayam (pastikan semasa menggoreng, kuali ditutup untuk memastikan ayam yang telah digoreng tidak keras selepas dimasak). Setelah masak angkat dari kuali.
2. Menggunakan minyak yang sama, goreng bahan B.
3. Setelah layu, masukkan kembali ayam yang telah digoreng, diikuti dengan bahan C.
4. Gaul-gaul supaya bercampur rata dan boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera ....

Friday, 12 April 2013

PULUT DURIAN MEMPELAM




Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...

Makan apa petang ni ?

Masa saya pi Tesko Seberang Jaya, saya perasan ada dijual durian dalam pek, tertanya-tanya dalam hati 'emmm... musim durian pulak ka ?  rasa-rasa nya baru aja habis musim durian hari tu'.
On the way balik singgah pula kat Maybank Perda,, nampak pula 'PakNya' sedang melayan pelanggan 'NyoNya' sambil memilih durian dari Van. Emm ya lah kot dah musim durian balik ni...

OK, dah ada durian, dan kebetulan semalam baru beli mempelam kat pasar BM, manis nya... Kita ON ja projek PULUT. Rasa macam lama tak makan, pada hal musim durian hari tu dah pon buat.

Jom kita semak RESEPI.....

BAHAN A
Durian
Mempelam

BAHAN B
400 gram PULUT biasa
1 sudu besar gula putih
7 gram Garam halus (Sukatan garam ini sudah cukup menjadikan pulut ini lemak-lemak manis)
600 gram Santan Pekat dari 2 biji kelapa (Jika guna Pulut SUSU, sukatan santan adalah 700 gram)
* Elakkan dari menggunkan santan kotak atau serbuk. Santan segar akan menjadikan pulut lebih sedap, berlemak, berminyak dan menarik.

BAHAN C
Beberapa helai daun pandan untuk mengalas periuk pengukus.

Cara-Cara Memasak:- (Saperti kita memasak nasi)
1. Basuh pulut sebersih yang boleh kerana ini akan menjadikan pulut tahan lebih lama.
2. Masukkan pulut, santan,gula dan garam kedalam periuk dan masak dengan api yang sederhana besar.
3. Bila air dah kering, perlahankan api dan tutup periuk. Masak sehingga pulut '3/4 masak' dan angkat.
4. Dalam periuk pengukus, alaskan pengukus dengan beberapa helai daun pandan. Pindahkan pulut kedalam pengukus dan kukus selama 1/2 jam.

TIPS:
a. 3-10 minit pertama semasa pulut diletakkan atas dapur, kacau dibahagian bawah untuk elakkan ia berkerak.
b. Jangan di-tinggalkan kerana air akan cepat kering dan pulut akan hangit.

*Selamat menjamu selera .....

Sunday, 7 April 2013

ACAR BUAH TRADITIONAL




Teringin sangat nak makan ACAR BUAH... yang dibeli dikedai selalu tak memenuhi selera saya. Kadang-kadang tak ada rasa (rasa saya lah, rasa orang lain tak tahu lah pulak), kadang-kadang tu rasa tomato. Ada pula tu buah sikit sangat.. emm memang lah.. saya pon paham, buah bukan nya murah. ''

OK lah kita buat sediri aja. sekali buat dapat 1 periuk hehehe...

Resepi ACAR BUAH ni adalah resepi turun temurun yg dipelajari dari EMAK dan di permodenkan oleh saya dengan penambahan buah-buahan Jeruk Moden. Tak sama saperti Acar-acar biasa yang terdapat dipasaran yang lebih kepada rasa Manis.
Acar ini amat harum dengan Rempah-rempah disamping Manis-Manis Buah, Masam-Macam Cuka dan Pedas-Pedas Cili Padi.

Sekali menumis, emmm kakak saya sebelah rumah bersuara, 'hang masak apa tu ?  bau sedap sangat.
Jawap saya 'heh heh heh ....Alhamdulillah'.
Dalam hati ... 'Nanti semangkuk akan sampai depan pintu no..'

Jom kita semak RESEPI ...

BAHAN A (Bahan tumis)
1.5 cawan Minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih + 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)

BAHAN B (Rempah tumis, Campur semua sekali)
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar penuh serbuk cili
1/3 sudu besar 'halba sahaja'/ bukan halba campor ya.. (goreng kering dan ditumbuk)
1/2 Sudu Besar Jintan Putih biji (goreng kering dan ditumbuk)
1/2 Sudu Besar Jintan Manis biji (goreng kering dan ditumbuk)
1 sudu besar Rempah biji (goreng kering dan ditumbuk)

BAHAN C
3/4 botol cuka makan
1/2 kilo gula putih atau 3/4 kilo gula merah
Garam

BAHAN D (Buah-buahan)
1/2 Kilo Buah buahan Jeruk campur
3 biji Limau Jeruk (belah 12. Boleh di beli di Kedai Mamak: Limau Acar)
Prune tanpa tiada (* Tak dimasukkan sebab tak dapat cari. Kalau kat KL boleh dibeli di Pasar Chow Kit)
1 kotak Buah Kurma
1 cawan Cili Padi (lebih banyak lebih pedas .. lebih sedap)
15 ulas Bawang Putih (setiap ulas yg belah 2)
15 ulas Bawang Merah (setiap ulas yg belah 2)
1 cawan Kismis
1 paket buah pala (yang bersalut gula atau potongan dari 2 biji)
halia (sebesar 1/2 tapak tangan)
Buah belimbing kering  (* Tak dimasukkan sebab tak ada stok)
* Panas kan air sampai mendidih dan celurkan satu satu (SEKEJAP sahaja <> 0.5 minit) semua diatas kecuali 'Limau Jeruk dan buah pala'

BAHAN E (Untuk tabur)
3 sudu besar bijan (goreng kering)
2 sudu besar biji sawi (goreng kering)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan  bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula..)
5. Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan E dan digaul sedikit supaya bercampur. (JANGAN dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
* (Pastikan tiada air di gunakan. Air dari buah-buahan akan sendiri nya keluar sebagai kuah)

Boleh bertahan ~ 1 tahun jika dimasak dengan betul dan tidak bercampur dgn air.

* Selamat menjamu selera .....

MEE GORENG TAUHU



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ...

Pagi ni kita layan MEE GORENG TAUHU . Jom kita semak RESEPI ...

1/2 kati Mee Basah
2 segenggam taugeh
Sedikit Kubis

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 ulas bawang merah (dicincang)

BAHAN B
4 keping tauhu (Dipotong dadu kecil-kecil)

BAHAN C
2 FRANFURTHER Ayam Bercendawan
2 camca besar Sostiram
3 camca besar Kicap Masin  Kipas Udang
2 camca besar sos Cili Life
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)

BAHAN D
Daun bawang
Cili merah
Telur dadar yang dihiris halus
Limau kasturi

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan kuali dan tumis bahan A sehingga keperangan.
2. Masukkan Tauhu  dan goreng sehingga 3/4 garing
3. Masukkan bahan C. Masak lagi ~ 5 minit
4. Masukkan Mee (yg telah di basuh sedikit) dan sedikit Kubis. Gaul rata.
5. Sebelum angkat, masukkan taugeh.
6. Tabur dengan bahan D sebelum makan.

* Selamat menjamu selera .....

Wednesday, 3 April 2013

BUBUR LAMBUK


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sarapan pagi hari ni BUBUR LAMBUK.
Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
1 cawan Beras
7 cawan air
sedikit halia (dihiris memanjang)
1/2 sudu teh 'halba sahaja'
sedikit jintan manis
(optional - Kalau nak letak sedikit bunga lawang + bunga cengkih + kulit kayu manis + buah pelaga pon boleh)

BAHAN B
1kiub ayam KNOR
1/2 cawan santan pekat
Daun bawang
Daun sup
Garam

BAHAN C
Bawang goreng
Cili potong/cili padi
Tambahan daun bawang/daun sup

Cara-Cara Memasak:-
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus. Sentiasa dikacau selalu supaya beras cepat hancur.
2. Setelah nasi dah hancur dan pekat, masukkan bahan B.
3. Bila bubur kembali mendidih, boleh lah diangkat.
4. Sebelum makan, taburkan bahan C.

* Selamat menjamu selera .....

Tuesday, 2 April 2013

LEMPENG KELAPA



Menu utntuk sarapan pagi (Simple dan sedap)... LEMPENG KELAPA

Jom kita semak RESEPI .....

(boleh dapat 6 keping yang bersaiz sederhana)
1 pelepah daun pisang (digunting bulat atau empat segi mengikut saiz kesukaan)

BAHAN A (Gaulkan semua dan perap selama ~ 1 jam)
6 biji pisang emas
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula putih
2 sudu besar kelapa parut
2 sudu besar minyak masak (untuk melembutkan)

sedikit garam

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana besar.
2. Alaskan sehelai potongan daun pisang pada dasar kuali.
3. Ceduk 1.5 sudu adunan atas daun pisang dan tutup dengan sehelai lagi daun pisang. Tekan sedikitkkk saja supaya daun pisang melekat pada adunan.
4. Tutup dengan tudung periuk.
5. Pastikan bahagian bawah masak terlebih dahulu sebelum ia di alihkan.

* Selamat menjamu selera .....

Monday, 1 April 2013

GULAI IKAN SELANGAT




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Menu tengahari ...GULAI IKAN SELANGAT.

Selalu nya ikan ini digoreng saja sebab ia memang banyak tulang. Tetapi dalam banyak-banyak tulang, ikan ini bagi saya TERamat lah sedap kalau dibuat kari. Tambah-tambah kalau dapat ikan yang fresh-fresh... keras-keras lagi.  Rasa kari nya, terutama AROMA nya TERamat lah wangi dan menyelerakan.

Jom kita semak RESEPI .....

15 ekor Ikan Selangat

BAHAN A (Bahan tumis)
3 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih (di tumbuk)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (di tumbuk)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (Bancuhan Rempah)
Rempah serbuk ikan babas 4 sudu besar (penuh/bun-bun)
60 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas
sedikit garam

BAHAN C
Santan dari 1/2 biji kelapa(Kalau suka) atau 2 gelas air biasa

BAHAN D (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
2 biji cili hijau besar, dibelah 2 dan di buang biji

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan 3/4 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas.
2. Masukkan bahan A dan kacau jangan hangit dan sehingga keperangan dan wangi.
3. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
4. Apabila tumisan tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan rempah masak dan ia menjadi sedikit kering dengan minyak yang bergeledangan yang banyak.Setiap 5 minit kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan bahan C, Kacau-kacau supaya rempah sebati dengan santan.
6. Terus masukkan Ikan dan bahan D. Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan.

TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan-ikan akan hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)

* Selamat menjamu selera .....