Wednesday, 31 July 2013

TEMPEK BER'BAWANG



Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua....

Dah beberapa hari saya tidak bersiaran kerana sedikit sibuk, tetapi masak tetap masak .....

Hari ni nak kongsi resepi berbuka yang bagi saya cukup wangi semerbak dengan aroma minyak Sapi tetapi resepi nya amat mudah sekali. Jika ada 'kari yang diperangat kering' memang amat sesuai dipadankan dengan tempek ini.

Untuk berbuka ni tak perlu buat banyak, cukup seorang sekeping saja. 

Jom kita semak resepi...

BAHAN A
1 cawan tepung gandum
3 camca besar minyak masak
1 camca teh garam halus
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
Sedikit air.

BAHAN B
Sedikit minyak Sapi 'Ghee Blend'

Cara-Cara Memasak:-
1. Satukan semua bahan A dalam bekas dan digaul rata. Kepekatan bancuhan adalah saperti cucur bawang atau lembut lagi pon boleh
2. Panaskan kuali atau non stick pan. (Saya guna non stic pan yang paling kecil saiz nya)
3. Masukkan 1/2 camca teh minyak sapi
4. Kemudian masukkan 1 sudu bancuhan tepung dan ratakan pada dasar kuali.
5. Pastikan bahagian bawah telah masak dan sedikit garing baru lah dibalikkan dan letakkan sedikit lagi minyak sapi pada bahagian bawah tempek itu.

* Selamat berbuka puasa .....


Friday, 26 July 2013

SIRAP PUCUK PISANG


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua...

Pernah minum 'Sirap Pucuk Pisang' ? 
Sirap ini adalah sirap yang paling saya gemari berbanding sirap Ros atau sirap-sirap yang lain. Selalu juga saya buat untuk minuman harian keluarga saya, apatah lagi untuk hari-hari perayaan saperti hari raya. 

Pernah buat untuk kenduri yang diadakan dirumah saya, 'SEDAP...' kata mereka yang merasai nya.
Juga beberapa tahun lepas, beberapa kilo gula saya masak  untuk 'OPEN HOUSE OFFICE' dirumah rakan sekerja. Kata tuan rumah 'Emmm... tak cukup......'.

Untuk bahan pewangi sirap ni, ia boleh didapati dikedai-kedai biasa dan juga pasaraya, tetapi mungkin kita tidak perasan akan kegunaan nya kerana belum merasai dan mencuba nya. 

Jom kita masak sirap ini untuk hari-raya....

BAHAN A
2 kilo Gula putih 
15-20 helai daun pandan (saya suka letak daun pandan yang banyak semasa memasak sirap. Lagi banyak, lagi wangi) 
1 botol air biasa
Beberapa titis pewarna hijau
Beberapa titis pewangi/perasa 'Pisang Star Brand'

Cara-Cara Memasak:-
1. Masukkan bahan A (kecuali pewangi) kedalam periuk dan masak sehingga gula larut dan daun pandan betul-betul layu.
2. Angkat dan biarkan sirap sejuk sedikit, ~ 30 minit, baru dimasukkan pewangi 'Pisang Star Brand'. (Jika sirap terlalu panas, aroma pisang akan berkurangan)
3. Siap.



Wednesday, 24 July 2013

ACAR BUAH JERUK


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Semua ....

Kurang berselera semasa bersahur ?
Jom kita masak acar buah untuk sahur malam ni. Tapi jangan lupa Goreng Gelama Masam. In Sya ALLAH berselera........

OK kita semak resepi nya ya...  Resepi sama saperti yang telah diposkan dahulu Acar Buah Traditional

BAHAN A (Bahan tumis)
1.5 cawan Minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih + 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)

BAHAN B (Rempah tumis, Campur semua sekali)
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar penuh serbuk cili
1/3 sudu besar 'halba sahaja'/ bukan halba campor ya.. (goreng kering dan ditumbuk)
1/2 Sudu Besar Jintan Putih biji (goreng kering dan ditumbuk)
1/2 Sudu Besar Jintan Manis biji (goreng kering dan ditumbuk)
1 sudu besar Rempah biji (goreng kering dan ditumbuk)

BAHAN C
3/4 botol cuka makan
1/2 kilo gula putih atau 3/4 kilo gula merah
Garam

BAHAN D (Buah-buahan)
1/2 Kilo Buah buahan Jeruk campur
3 biji Limau Jeruk (belah 12. Boleh di beli di Kedai Mamak: Limau Acar)
Prune tanpa tiada (* Tak dimasukkan sebab tak dapat cari. Kalau kat KL boleh dibeli di Pasar Chow Kit)
1 kotak Buah Kurma
1 cawan Cili Padi (lebih banyak lebih pedas .. lebih sedap)
15 ulas Bawang Putih (setiap ulas yg belah 2)
15 ulas Bawang Merah (setiap ulas yg belah 2)
1 cawan Kismis
1 paket buah pala (yang bersalut gula atau potongan dari 2 biji)
halia (sebesar 1/2 tapak tangan)
Buah belimbing kering  (* Tak dimasukkan sebab tak ada stok)
* Panas kan air sampai mendidih dan celurkan satu satu (SEKEJAP sahaja <> 0.5 minit) semua diatas kecuali 'Limau Jeruk dan buah pala'

BAHAN E (Untuk tabur)
3 sudu besar bijan (goreng kering)
2 sudu besar biji sawi (goreng kering)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan  bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula..)
5. Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan E dan digaul sedikit supaya bercampur. (JANGAN dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
* (Pastikan tiada air di gunakan. Air dari buah-buahan akan sendiri nya keluar sebagai kuah)

Boleh bertahan ~ 1 tahun jika dimasak dengan betul dan tidak bercampur dgn air.

* Selamat bersahur .....

Tuesday, 23 July 2013

SELASIH KU MANIS



Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua...

Jarang-jarang sekali dapat minum air selasih ni. Selalu nya buat sirap yang biasa-biasa aja.
Tapiiii  bila dah buat sedap lah pula !

Saya sebenar nya lebih suka masak sendiri air sirap dari membeli yang dah siap. Kerana yang dijual tu selalunya terlalu banyak pewarna yang dimasukkan... nak jaga kesihatan ye...!!!. 
Kebiasaan nya kalau memasak air sirap, saya suka masukkan lebih daun pandan, maklumlah pandan tanam sendiri, nak masukkan satu perdu pon boleh  hehehe...

Kepada yang biasa minum air selasih, anda perasan tak, kemanisan air itu sedikit kurang walau pon beberapa sudu sirap telah ditambah dalam gelas, tapi hujung-hujung bila dah tergigit biji selasih disitulah terasa lebih kemanisan nya.
Sebenar nya biji selasih akan menyerap gula dalam adunan sirap tersebut. Lagi lama sirap tu disimpan lagi banyak gula akan diserap.

OK...Jom kita semak resepi...

BAHAN A
1 kilo Gula putih 
15 helai daun pandan (lagi banyak lagi sedap) 
1botol air biasa
sedikit pewarna merah

BAHAN B
2 sudu besar biji selasih (dibasuh dan direndam sekejap)

Cara-Cara Memasak:-
1. Masak bahan A sehingga gula larut dan daun pandam betul-betul layu,
2. Sebelum angkat, masukkan biji selasih.
3. Siap.

Monday, 22 July 2013

MASAK ASAM IKAN TENGGIRI


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua ....

Pejam-celik, pejam-celik, pejam-celik... dah dekat 1/2 bulan kita berpuasa ya. Sekejap saya masa berlalu.
Bagi saya, suasana berpuasa sejak 2-3 tahun kebelakangan ni, tak sama dengan suasana berpuasa dulu-dulu tu. Entah lah.......

OK lah posting untuk hari ini 'MASAK ASAM IKAN TENGGIRI'.
Kalau dengar pada nama masakan tanpa melihat atau merasa, mungkin ada yang ingatkan ASAM PEDAS REBUS atau ASAM PEDAS TUMIS.  Bukan......bukan, bukan  !
Nama saja hampir sama tapi tak sama. Jauh sangat perbezaan nya.

Resepi ini menggunakan asam jawa sebagai bahan Utama. dan tidak menggunakan cili mesin. Tetapi kalau yang ingin kan sedikit rasa pedas boleh lah dicampakkan beberapa biji cili padi atau cili merah sebagai tarikkan.

Salah satu menu kegemaran saya semasa kecil hingga lah sekarang dan memang amat sesuai kalau dihidangkan pada anak-anak kecil mahu pon dewasa kerana ia tidak pedas. Haruman halia dan ikan goreng memang menyelerakan sekali.

Sajian untuk kali ini telah disajikan oleh Kakak saya.

Jom kita semak Resepi....

BAHAN A (Perap)
Minyak untuk menggoreng
Beberapa keping isi ikan tenggiri  (Boleh digantikan dengan ikan kembong/bawal /sardin)
sedikit garam
sedikit kunyit

BAHAN B
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
2 inci halia (2 ketul bersaiz ibu jari) - tak perlu ketuk

BAHAN C
1 sudu besar asam jawa (diperah.. buat lebih sebagai kuah)
kicap masin Kipas Udang

BAHAN D
2 biji bawang besar (dipotong bulat tebal)
Cili padi (sebiji-sebiji)
*1 sudu teh lada hitam (tumbuk) *optional  jika suka

Cara-Cara Memasak:-
1. Perap ikan dan goreng sehingga masak dan angkat.
2. Menggunakan minyak yang sama (kurangkan minyak jika berlebihan), tumis bahan B sehingga wangi.
3. Masukkan bahan C dan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan terbit minyak.
4. Sebelum angkat masukkan Ikan dan bahan D. 
5. Siap untuk dihidangkan.

* Selamat menjamu selera .....

Sunday, 21 July 2013

AYAM PERCIK KELANTAN


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua .....

Resepi berbuka kali ni 'Ayam Percik Kelantan' hehehe..tapi orang Penang yang masak yaaaa...
Buat cukup-cukup saja untuk 10 orang makan, seorang seketul, tak boleh tambah......... keh keh keh  .... sedap !
Biar tak cukup, jangan tak habis, nanti membazir.
Bila dah tak cukup tu yang buat kita bertambah-tambah sedap !!!

Jom kita semak resepi ....

BAHAN A (Diperap 2-3 jam)
1 ekor ayam (atau 10 ketul paha ayam)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
sedikit garam

BAHAN B
50 gram santan pekat
5 sudu besar gula putih
2 biji bawang besar (dimesin)
2 ulas bawang putih (dimesin)
3 batang serai (dimesin)
10-15 biji cili merah (Ikut saiz cili dan kepedasan yang dikehendaki)
1 asam keping
sedikit garam

Cara-Cara Memasak:-
1. Ayam yang telah diperap tadi saya bakar dalam oven sahaja. Teknik nya, letakkan sedikit minyak pada aluminium foil untuk mengelakkan ayam melekat, kemudian letakkan ayam dan panggang dengan api bawah suhu 180C selama ~ 45-1 jam (mengikut saiz ayam).
2. Ambil minyak dan  cairan yang keluar dari ayam dan disapu dibahagian atas ayam untuk mengelakkan ayam kering ketika memanggang. 
3. 15 minit sebelum angkat, gunakan api atas sahaja selama 10-15 minit  suhu yang sama untuk menggaringkan sedikit ayam tersebut.

4. Untuk kuah, masukkan semua bahan B kedalam periuk dan masak dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau supaya minyak tidak terbit dari santan tersebut. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
5. Curahkan kuah keatas ayam semasa menghidang.

* Selamat berbuka puasa ....


Saturday, 20 July 2013

DAGING MASAK LENGKUAS



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hari ni saya post resepi berbuka yang menjadi kegemaran keluarga saya yang mana resepi ini adalah ciptarasa dari emak saya. Yang pasti ia memang sedap... Kalau dah rasa, emmm...memang nak buat lagi.
Saudara yang datang kerumah apabila dihidangkan dengan lauk ini memang akan memuji keenakkan nya.

Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas... Tetapi kalau makan dengan nasi tomato atau nasi-nasi special yang lain lagi sedap.

Selalu nya resepi ini dipadankan dengan ayam,  kebetulan masih ada berbaki daging dalam peti sejuk, jadi saya tukarkan kepada daging.
Masa Sahur.. makan dengan nasi panas-panas dengan kuah nya saja pon dah cukup, boleh tambah nasi sampai 3 pinggannnnnn....... keh keh keh...jangan tak percaya .....betullll . Tapi tambah sikit-sikit lah sebab nak makan panas-panas!

Jom kita semak resepi....

BAHAN A
Minyak untuk menumis
2 kuntum Bunga Lawang
2 kuntum Bunga Cengkih
2 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
3 tangkai Daun Kari
sedikit halia (di hiris nipis memanjang)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
6 ulas bawang putih (ditumbuk)

BAHAN B
30 -35 biji Cili Kering (Bergantung kepada saiz cili)  (Direbus dan di mesin halus bersama air)
1 sudu teh lada hitam (tumbuk)
4 batang Serai (diketuk)
Lengkuas sebesar 4 ibu jari  (di ketuk)
2 biji Tomato biji (dibelah 2)
2 Asam keping (yang bersaiz sederhana)
Garam

BAHAN C
1 kilo Daging...dipotong lebar-lebar

BAHAN D
1 helai Daun Kunyit (Hiris besar-besar)
3 helai Daun limau purut
2-3 biji Bawang besar (dipotong bulat-bulat besar)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bertukar keperangan dan wangi.
3. Masukkan bahan B dan C. Masak hingga cili naik minyak dan daging lembut (Pastikan kuah pekat).
4. Akhir sekali masukkan bahan D. Kalau nak letak sedikit kicap Masin KIPAS UDANG pon boleh.
5. Siap

* Selamat menjamu selera .....





Friday, 19 July 2013

PUDING MILO OREO




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Resepi untuk hari ini amat enak sebagai pencuci mulut selepas berbuka, amat sedap bila dimakan sebaik saja ia dikeluarkan dari peti sejuk......emmmm.....

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
4 gram agar2 tali (agar-agar biasa tu...)
4 helai daun pandan
700 ml air

BAHAN B
50 gram gula putih
2 sudu besar Susu pekat Manis
2 sudu besar Milo
Beberapa keping biskut OREO

Cara-Cara Membuatnya
1. Satukan agar-agar, air dan daun pandan. Kacau rata sehingga mendidih dan agar2 larut.
2. Masukkan gula dan teruskan memasak sehingga gula larut, terus masukkan susu pekat manis.
3. Angkat, tapis dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
4. Satu bahagian dimasukkan milo, dan satu bahagian lagi dibiarkan tanpa milo.
5. Tuangkan separuh dari bahagian yang bermilo itu kedalam acuan, biarkan 1/2 beku.
6. Goreskan sedikit permukaan agar-agar dengan garfu, dan terus tuangkan 1/2 bahagian yang bersusu sahaja, biarkan 1/2 beku juga
7. Goreskan lagi permukaan agar-agar dengan garfu  dan letakan biskut oreo dan terus tuangkan baki bahagian yang bersusu itu dan biarkan ia 1/2 beku juga.
8. Akhir sekali goreskan lagi permukaan agar-agar dengan garfu  dan tuangkan baki bahagian yang bermilo yang tinggal.
9. Simpan dalam peti sejuk ~ 2 jam sebelum dihidangkan.

* Selamat Berbuka puasa ...

Wednesday, 17 July 2013

KUNG-FU TOFU TELUR




Assaamualaikum dan Salam Sejahtera ....

Menu berbuka untuk hari ke 7 adalah menu kesukaan Kakak saya ia-itu... Kung-Fu Tofu Telur.
Memang amat sedap sebab tofu ni texture nya amat lembut. Kepada yang kurang gemar masakan pedas memang amat sesuai sekali. Kepada yang gemar pedas pula boleh lah di kenakan sedikit dengan taburan cili merah atau cili padi. Umphh mengancam habis ...............

Jom kita semak resepi...

BAHAN A
3-4 ketul Tofu Telur
minyak untuk menggoreng 1/2 tenggelam

BAHAN B
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar yang bersaiz sederhana (dihiris nipis)
2 tangkai daun sup (dipotong ~1/2 inci)

BAHAN C
3 cawan air biasa 
1 sudu teh serbuk 'Maggie Secukup Rasa'
sedikit garam

BAHAN D
1 sudu besar Tepung Jagung
1/3 cawan air biasa

BAHAN E
1 biji telur ayam (dipukul/kocak sedikit)

Cara-Cara Memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng Tofu sehingga bertukar keperang-kerangan baru lah dialihkan. Ini adalah untuk mengelakkan tofu pecah/hancur. Sesudah masak angkat.
2. Menggunakan minyak yang sama (Keluarkan minyak yang berlebihan), tumis bahan B dan masak sehingga 3/4 garing.
3. Masukkan Bahan C dan masak sehingga ia mendidih, masukkan pula bahan D (Air Tepung Jagung).
4. Apabila kuah sudah mendidih kembali, tuangkan telur  dalam bentuk pusingan (supaya telur tidak masak berketul). Menggunakan garfu carik-carikkan sedikit telur tersebut. Biarkan ~ 1 minit, angkat dan curahkan keatas tofu.
5. Tabur dengan sedikit daun bawang/ cili merah

* Selamat berbuka puasa ....

Tuesday, 16 July 2013

HOT CHICKEN NUGGETS


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua ....

Alhamdulillah... hari ni dah masuk hari ke 7 kita berpuasa, sekejap saja masa berlalu ya........
Hari ni apa menu berbuka anda dan keluarga ? Tentu sedapkan.

Bagi keluarga saya menu nya simple saja, yang penting jangan membazir. Salah satu nya adalah Chicken Nugget pedas yang menyelerakan. Lagi lagi bila di cicah denga Sos Cili. Emmmm.... sedap nya...

Jom kita semak resepi...

BAHAN A
2 ketul dada ayam, di ambil isi nya sahaja dan dimesin halus (tanpa air)
3 ketul tauhu (dilenyek-lenyek)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
4 biji cili merah (di buang biji dan dipotong kecil)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris sederhana tebal)
Sedikit garam
1 sudu teh serbuk 'Maggie Secukup Rasa'

BAHAN B
1 cawan serbuk roti (bread crumbs)

Cara-Cara Memasak
1. Satukan bahan A dan digaul rata.
2. Ambil sejemput..anggaran 18 gram dan bulat-bulatkan (Untuk mengelakkan adunan  melekat pada tangan, sentiasa basahkan hujung jari.
3. Masukkan dalam serbuk roti dan golek-golekkan.
4. Ulang langkah 2 dan 3 sehingga habis.
5. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan. Pastikan temph menggoreng tidak terlalu lama untuk mengelakkan Nugget menjadi sedikit kering.

* Selamat berbuka puasa...

Thursday, 11 July 2013

PUDING TEMBIKAI SUSU



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....

Alhamdulillah semalam kita semua selamat menyempurnakan tanggungjawab kita kepada ALLAH. Hari ni dah... masuk hari kedua kita berpuasa.  Hari pertama semalam saya rasa letih sedikit, maklumlah akhir-akhir ni badan tak berapa nak sihat, dah hampir seminggu. Hari ni rasa OK la sikit.

Terawih semalam dimana ? Di masjid atau dirumah ?
Saperti tahun-tahun yang sudah, saya terawih di surau Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak  yang kebetulan bersebelahan pejabat saya. Jadi tak payah jalan jauh-jauh. Seronok berterawih disini.

OK lah tak nak berceloteh panjang-panjang. Nak jmat tenaga berfikir dan menaip hehehhe....... Jom kita semak resepi...

BAHAN A
5 gram agar2 tali (agar-agar biasa yang kering tu...)
660 ml air
5 helai daun pandan
70 gram gula putih
1 potong tembikai susu (dimesin halus tanpa air/ dilenyek halus)
(Jika mahukan sedikit warna, boleh lah diletakkan secalit lidi pewarna hijau. (kalau setitis terlalu hijau pula ya.. Jika tidak biarkan dengan pewarna asli saja)

BAHAN B
Sedikit buah-buahan cocktail

Cara-Cara Memasak-nya
1. Satukan agar-agar, gula, air dan daun pandan. Masak sehingga agar-agar dan gula larut, kemudian angkat dan tapis.
2. Masukkan kembali  kedalam periuk, masukkan tembikai susu dan panaskan sedikit aja <> 5 minit dengan api perlahan.
3. Angkat dan tuang kedalam acuan
4. Sejukkan dalam peti sejuk <> 3 jam , dan taburkan buah-buahan sebelum dihidangkan.

* Selamat Berbuka Puasa ...

Tuesday, 9 July 2013

KUIH CARA MANIS



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.....

ALHAMDULILLAH kita dipanjangkan umur dan berjumpa bulan Ramadan sekali lagi, bulan yang penuh keberkatan ini.  In Syaa ALLAH saperti bulan-bulan yang lepas, cuba penuhi masa-masa dengan lebih beramal ibadat ya....

Apa Juadah berbuka ???
Emmm....... Juadah untuk berbuka tu kalau boleh biarlah ala kadar saja, tak perlu lah membazir.
Biasa lah kalau perut tengah lapar tu tengok apa pon semua nak. Tengok tu nak, tengok ni nak.
Kalau pi pasar ramadan tu tangan kosong.. dompet penuh, tapi bila balik emmmm...dompet dah kureng... tangan pula penuh jinjing-jinjing makanan.... hehehe

Tapi alhamdulillah setakat ini, saya kalau nak beli atau masak sesuatu, saya akan fikirkan beberapa kali, kalau buat dalam kuantiti banyak tu habis tak ? Kalau tak habis, cuba kurangkan adunan supaya cukup-cukup aja.
Lauk pula memadai 1 jenis dah cukup. Habis-habis banyak pon 2 jenis aja.
Kuih pula kalau tak ada tak apa, kalau ada alhamdulillah.. sebiji dah cukup.
Yang penting masa nak berbuka tu mesti ada nasi dan air .... hehehe

OK lah tak nak berceloteh panjang, hari ini saya nak kongsi resepi Kuih cara manis yang Teramat.. ... lah lembut sekali. Masih lembut walau pon dimakan setelah ia dah sejuk. Amat sesuai kalau buat untuk berbuka nanti.
Cara nya amat mudah, masukkan 3 camca besar minyak masak kedalam adunan dan blend semua sekali.

Jom kita semak RESEPI....

BAHAN A (Campurkan semua dibawah dan blend)
... sukatan guna cawan kopi yang biasa tu ya... bukan nya Mug
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat
1 biji telur (kalau kuih melekat/ susah nak lekang dari acuan.. boleh ditambahkan sebiji lagi telur)
3 sudu besar minyak masak
1 1/2  cawan air daun pandan  (dari 3-4 helai daun pandan).... (1 cawan + 1/2 cawan)
sedikit garam
sedikit pewarna hijau 

BAHAN B
Gula putih

BAHAN C (Untuk sapuan pada dasar loyang)
1 helai daun pandan
sedikit minyak masak

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan acuan Kuih cara.
2. Sapu sedikit minyak pada dasar acuan dengan menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak yang tinggal bertakung.
3. Ceduk dan masukkan bancuhan tepung kedalam acuan... hampir-hampir penuh (lebih dari 3/4)
4. Biarkan seketika <> 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit.. barulah dimasukkan sedikit gula (1/3 sudu teh).
(Nota: Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar dan mengakibatkan kuih melekat pada acuan.
5. Tutup dengan tudung periuk.
6. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat dan pasangkan.

* Selamat berbuka puasa .....

Sunday, 7 July 2013

ROASTED CHICKEN Black Pepper



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...

Hari selasa lepas rasa teringin sangat nak makan Ayam Panggang, padahal beberapa minggu yang lepas dah pon makan 'Ayam Panggang Malgris'. Jadi on the way balik kerja malam tu singgah lah sat di kedai Ayamas... beli seekor, cicah dengan Cili Sos Life. emmm....... sedap lah pulak. Sambil makan tu sambil belek..belek...belek,,,. apa lah ..bahan yang gunakan untuk perapan ayam ni, nampak macam tak ada apa sangat.

Jadi apa lagi semalam hari Sabtu, dah terlanjur ke pasar tu saya sambar 1 ekor ayam lah. Plan ...nak buat ala-ala Ayamas hehehe.... Simple aja resepi nya, tapi alhamdulillah OK nak bad.

Resepi simple ja

BAHAN A
1 ekor ayam 1.5kg (dibelah dibahagian dada, tetapi jangan putus)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1 sudu teh 'Secukup Rasa Maggie'
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh kunyit serbuk
2 sudu besar minyak masak
secubit Rosemarry

Cara-cara Memasak:-
1. Bahan A dicampur bersama dan diperap bersama ayam sekurang-kurang nya 2 jam.
2. Alaskan durang pembakar dengan aluminium foil dan letakkan ayam diatas nya dan bakar dalam oven yang bersuhu 180C selama 40 minit - 1jam (bergantung kepada saiz ayam dan oven yang digunakan) dengan menggunakan api bawah sahaja.  
3. 30 minit yang pertama, keluarkan ayam dan sapukan bahagian atas ayam dengan cairan/minyak yang keluar dari ayam, Ini adalah untuk memastikan ayam tidak kering semasa tempoh memanggang.
4. Teruskan memanggang sehingga ayam masak.
5. Siap. Boleh dihidangkan.


Wednesday, 3 July 2013

KEK LAPIS SARAWAK 'SISIK IKAN'


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hari ni saya nak kongsi pula resepi 'Kek Lapis Sisik Ikan' yang amat sedap. Dari segi harga nya, ia  adalah sedikit mahal berbanding kek lapis biasa kerana teknik pembuatan nya lebih sedikit cerewet dari yang biasa tu. Tambahan pula ia menggunakan Masam Manis yang agak banyak...

OK lah saya tak nak berceloteh panjang... jom kita semak RESEPI .....

(Sukatan untuk loyang 8 x 8)
BAHAN A
200 g Gula Halus
500 gram Butter
30 gram Ovalet
300 gram Susu Pekat Manis

BAHAN B
10 biji Telur Gred A
50 g Susu Tepung atau horlick
270g Tepung Hong Kong

BAHAN C
Masam Manis

Cara-Cara Mengadun:-
1. Pukul kesemua bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul juga dengan kelajuan yang sama.
3. Masukkan Susu tepung/horlick dan Tepung Hong Kong dan pukul dengan perlahan supaya ia bercampur sahaja.

Cara-Cara Melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas yang kecil sahaja. (Api atas sahaja)
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Ulang langkah 3-5 diatas untuk dapatkan 3 lapisan pertama.
7. Untuk lapisan yang ke 4, selepas sendukkan adunan dan ratakan (langkah 3), cucuk masam manis ke secara posisi yang condong kedalam lapisan tersebut (hingga agak-agak menjunam ke lapisan ke 3) untuk memastikan ia boleh berada dalam posisi tersebut dan bakar.
8. Ulang kembali langkah 3-5 diatas dan sekira nya pada lapisan tersebut sudah tidak kelihatan masam manis lagi, bolehlah diulang langkah 7 kembali. Begitulah seterusnya.

* Selamat menjamu selera .....

Tuesday, 2 July 2013

SWEET COKCO-LET Banana



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...

Pertama kali makan juadah yang disediakan oleh Chef IPIN ini amat teruja sekali. SEDAP....
Selalu makan yang biasa-biasa aja. Nak tahu kuih apa tu ? Emmm....Sebenar nya goreng pisang, tapi telah diolah resepi nya dengan begitu kreatif sekali oleh Chef yang kebetulan sedang bercuti hujung minggu di Penang ni.

Goreng pisang selalu nya saya makan begitu saja, atau dicecah dengan cili kicap atau kalau disebelah Utara ni kami cecah dengan gulai kering... terangkat gitu... hehehe.

Tapi resepi ni terasa begitu sedap sekali.. sedikit kelainan maklumlah lebih manis dengan kelemakkan Coklat tu...disamping aroma butter dalam coklat.

Pisang pula... yang sedap kalau nak di buat goreng seelok-elok nya adalah Pisang Raja, Pisang Awak dan Pisang Abu. Mungkin banyak lagi, tapi yang lain tu saya tak pernah cuba masak. Yang paling sedap Pisang Raja.. pisang yang menjadi kegemaran emak saya.

OK lah jom kita semak resepi

BAHAN A
Pisang (Raja, Awak atau Abu) dibelah 2 secara menyerong 3 segi
Minyak secukupnya untuk menggoreng

BAHAN B (Campur semua)
3 sudu besar tepung beras (elakkan guna tepung yang tersedia dipasaran kerana kebanyakkan nya akan menyerap minyak selepas digoreng)
3 sudu besar air Kapur Makan (air saja ya. bukan kapur nya. Tujuan supaya minyak tidak banyak menyerap semasa menggoreng)
secubit garam
sedikit air

BAHAN C
5 sudu besar gula putih
sedikit essen vanila
sedikit air

BAHAN D
Coklat masakan 
1/3 sudu besar butter(sedikit aja)

BAHAN E
Gula-gula bewarna

Cara-Cara Memasak:-
1. Pisang dibelah 2 secara menyerong 3 segi, celup kedalam adunan B dan goreng sehingga masak.
2. Masukkan Gula putih dan air kedalam periuk dan masak sehingga hampir pekat dan sebelum angkat masukkan sedikit essen vanila.
3. Double boilkan Coklat masakan sehingga cair dan terus masukkan butter, kacau supaya bercampur dan angkat.
4. Masukkan pisang yang telah digoreng kedalam piring, letakkan cairan gula dan coklat yang telah masak tadi keatas pisang goreng dan tabur kan dengan manik-manik gula yang bewarna.
5. Siap untuk dimakan.