Saturday, 31 August 2013

DADIH Dwi-RASA



Assalamualaikum dan Salam Syawal semua....

Beberapa hari lepas saya dah buat 'Dadih perisa keladi selembut salju', sedapppp... masuk mulut saja terus hilang, sejuk anak tekak. 

Hari ni buat lagi, macam dah ketagih lah pulak...

Tapi dengan sedikit kelainan ia-itu 2 dalam 1. Bukan syampoo  saja ada 2 dalam 1 yaa..
Gabungan Perisa Pandan dan perisa asli, Umphh sedap !!!

Jom kita semak resepi

BAHAN A
2 gram agar-agar tali
3 helai daun pandan
300 ml air

BAHAN B
700 ml susu kotak 'Dutch Lady Full Cream'
100 gram gula putih

BAHAN C
sedikit perisa pandan
sedikit pewarna hijau

Cara-Cara Memasak :-
1. Masukkan kesemua bahan A kedalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga agar-agar larut.
2. Masukkan bahan B dan teruskan memasak sehingga gula larut dan susu mendidih sedikit sahaja.
3. Padamkan api dan bahagikan kepada 2 bahagian.
4. Satu bahagian dimasukkan perisa pandan dan pewarna hijau. Manakala satu bahagian lagi di biarkan dengan perasa susu asli.
5. Biarkan sejuk sedikit  ~ 10 minit.
6. Tapis bahagian yang berperisa pandan dan masukkan kedalam gelas/bekas.
7. Apabila sudah 1/2 beku, masukkan bahagian lagi satu.
8. Sejukkan dalam peti ais ~ 2 jam sebelum dimakan.

* Selamat menjamu selera ...


Friday, 30 August 2013

SAYUR IKAN, Sayur ke ...?


Assalamualaikum dan Salam Syawal semua.
Masih di bulan syawal lagi kan.

Lauk hari ini....emmm dah lama saya tak makan Sayur Ikan...
Ala resepi nya lebih kurang macam Singgang Ikan juga.

Tapi keluarga saya lebih kenali ia sebagai Sayur Ikan.
Kalau tengok pada resepi nya , memang tiada sayur sebagai bahan masakan.
Tapi disebabkan ia tidak pedas dan berkuah pula sebab itu ia dipanggil sebagai sayur.
Oleh kerana saya memang suka pedas maka saya tambahkan cili padi kampong, resepi asal nya cuma 1 biji cili hidup merah aja

Dolu-dolu, kalau mak saya masak masakan yang berkuah saperti sayur Ikan ni, kuah tu dipastikan banyak (kalau ikut saya nak penuh 1 periuk)
sebab nya... ha..ni lah orangnya (saya lah ! sapa lagi)  yang akan ulang makan nasi berulang-ulang kali.....

Nasi yang dimakan tu tak lah banyak sangat, tapi kuah tu, fuhh !! penuh,
Kalau makan nasi dah tak makan dalam pinggan lagi dah.
Siap pakai mangkuk lagi , hehehe ! ikan pon boleh berenang-renang.

Emmm memang lauk kegemaran saya masa kecik-kecik dulu ni

OK lah jom kita semak resepi....

BAHAN A
8 ekor Ikan kembong

BAHAN B
1/2 biji bawang besar  (ditumbuk)
1/2 biji bawang besar (dipotong 4)
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 inci halia (dipotong tebal)
5 batang serai (diketuk)
1 biji cili merah (dipotong serong) - saya gantikan dengan 10 biji cili padi
3 keping asam gelugor
1 camca teh serbuk 'Maggi cukup rasa'
sedikit garam
air sebagai kuah

Cara-Cara Memasak:-
1. Masukkan bahan B  kedalam periuk dan rebus sehingga mendidih.
2. Masukkan ikan dan perlahankan api dan teruskan memasak sehingga kuah mendidih kembali.
3. Siap

* Selamat menjamu selera .....


Wednesday, 28 August 2013

NASI GORENG CHEESE Sausage Ayamas



Assalamualaikum dan Salam Syawal semua .....

Jom kita makan nasi goreng CHEESE Sausage Ayamas.

Sedikit kelainan sebabnya kita  makan nasi dengan 'cheese' ..sedap .....

Jom kita semak resepi

BAHAN A
1 sudu besar butter
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
7 biji cili kering (tumbuk)
1 sudu teh 'Maggi Cukup Rasa'
1 sudu teh serbuk lada putih
sedikit garam

BAHAN B
2 mangkuk Nasi Putih

BAHAN C
5 sausage Ayamas 'Cheese' (direbus)
sedikit timun
beberapa biji cili padi

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan butter dalam kuali dan tumis bahan A sehingga garing.
2. Masukkan nasi dan goreng sehingga rata.
3. Sebelum angkat masukkan sausage Ayamas.
4. Taburkan sedikit timun dan cili padi jika inginkan sedikit pedas.

* Selamat menjamu selera ...

Tuesday, 27 August 2013

BUTTERMILK PANCAKE vs Rendang Pedas Daging


Assalamualaikum dan Salam Syawal semua...

Hari ni posting entry tertunda pada hari raya ke 5 sebagai sarapan pagi dan bekal sampingan selain dari nasi goreng untuk tetamu yang akan pulang ke Johor.  Juga untuk saya sekeluarga yang akan berbuka Puasa 6.

Terasa sedap lah pula  dengan texture lempeng yang lembut dan manis dicicah pula dengan baki rendang pedas tempoh hari. Pada hari tu saya buat 3 adunan. Emmm habis semua .....

Jom kita semak resepi ...


BAHAN A (Satukan dan ayak)
1 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh sodium bicarbonate

BAHAN B (Campurkan semua dan pukul dengan Whisk)
1 camca besar gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 cawan susu segar + 1 camca besar cuka makan( Simpan <> 5 minit hingga mendadih)
4 camca besar susu segar
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-Cara Memasak:-
1. Bahan A di ayak dn bahan B dibancuh dengan whisk.
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. 
3. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit butter.
4. Sendukkan adunan ke dalam Nons Stick Pan dan biarkan ia rata sendiri (Tak perlu lenggang).
5. Masak dengan api kecil hingga permukaan pancake berlubang2 dan kering.Terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan.
6. Angkat dan buat kaedah sana untuk baki adunan. Saya dapat 6 keping untuk satu adunan ini.
Cuba lah.... SEDAP dan amat lembut



BAHAN A
1 kilo daging (dipotong mengikut saiz kesukaan)
2 sudu besar penuh rempah kari daging 'BABAS'
4 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
santan dari 1 biji kelapa
4 tangkai daun kari
1 asam keping

BAHAN B (dicampur semua dan dimesin halus)
30-40  biji cili padi
1 inci halia
2 helai daun kunyit
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 ketul lengkuas sebesar 1/2 tapak tangan
1 'biji buah pala' (boleh di beli di kedai mamak)
3 sudu besar minyak masak (untuk mempercepatkan proses mengisar)

BAHAN C
3 sudu besar penuh minyak sapi 'Ghee Blend'

Cara-Cara Memasak:-
1. Satukan bahan-bahan A dan B kedalam kuali dan masak sehingga kuah menjadi pekat (1/2 kering).
2. Sentiasa di kacau supaya tidak berkerak/hangit
3. Masukkan minyak sapi 'Ghee Blend' dan teruskan memasak sehingga menjadi pekat mengikut kesukaan kita

Sunday, 25 August 2013

GULAI TELUR IKAN Kaw-kaw tanpa santan ...


Assalamualaikum dan Salam Syawal semua..

Hari ni layan lauk telur ikan. 

Kebetulan awal-awal pagi tadi saya ke pasar tani Penanti Bukit Mertajam tujuan nak membeli asam jawa yang dipesan kawan office di KL. Masa nak balik ternampak pulak sorang adik ni tengah memilih -milih telur ikan, teringat la ...hari tu (ada lah dalam 2-3 bulan lepas)anak saudara terigin nak makan telur ikan, tapi bila pi pasar besar BM cari tak ada pulak. Jadi apa lagi dah nampak... join lah sama memilih....

Tak pasti pula telur ikan apa, hehehe... lupa nak tanya masa membeli tu sebab asyik dok memilih-milih telur ikan. Harga sekilo dalam RM 35++. Pilih dulu baru tanya harga..hehehe

Pilih punya pilih dapat lah lebih dari 1/2 kilo ok lah, sebab telur ikan tak boleh makan banyak sangat , nanti kolestrol naik !!!

Tips nak memilih telur ikan, kalau boleh cari telur dimana sarung telur tu TAK PECAH/KOYAK. Pastikan semua telur-telur tu berada dalam sarung dengan elok, yang menjadikan masakan kita berkelemor tu sebab sarung dah koyak/pecah dan telur yang terdedah. 

Oleh kerana saya bukan pelanggan yang pertama, jadi ini saja yang dapat saya pilih... tengok banyak telur yang sarung nya dah pecah dan telur sebiji sebiji keluar dari sarung (warna kuning tu).


OK lah jom kita semak resepi.... Resepi telur ni saya tak guna santan sebab gulai ni nanti akan terasa lemak dan pekat juga.

BAHAN A
Minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
6 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1 biji bawang besar (di hiris nipis)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (campur semua sekali)
1 sudu teh jintan manis (di tumbuk halus)
1 sudu teh jintan putih (di tumbuk halus)
1 sudu teh lada hitam (di tumbuk halus)
2 sudu besar (penuh/bun-bun) rempah kari Ikan 'Babas'
4 keping asam gelugor bersaiz sederhana (kali ni saya cuba guna asam keping menggantikan asam jawa)
1 cawan air
sedikit garam

BAHAN C
1 cawan air (menggantikan santan)

BAHAN D
1/2 ++ kilo telur ikan 

Cara-Cara Memasak:-
1. Basuh telur ikan terlebih dahulu, kemudian rendam kan ia dengan 6 sudu besar air kapur + air biasa selama 1/2 jam.
2. Toskan dan siram kan sedikit air keatas nya (sekali lalu).
3. Masukkan telur kedalam bekas mengisi makanan (pakai buang), bekas tersebut tidak perlu ditutup.
4. Panaskan air dalam periuk pengukus, apabila air sudah mendidih masukkan bekas telur ini dan kukus selama ~ 20 minit. Jangan kukus terlalu lama kerana telur akan liat saperti getah.
5. Apabila telur dah 1/2 masak, angkat dan buang air yang keluar dari telur tersebut. (Air ini lah yang akan membuat masakan kita 'berkelemor'.

6. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga garing.
7. Masukkan Bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
8. Apabila tumisan tadi mendidih ~ 5 minit, kecilkan api dan biarkan ia sedikit kering dan terbit  minyak yang banyak
 Pastikan setiap 5 minit dikacau supaya tidak hangit dan berkerak
9. Masukkan Bahan C (air biasa) dan dikacau-kacau supaya rempah sebati.
10. Apabila kuah sudah mendidih kembali, terus masukkan telur ikan, biarkan ~ 1 minit boleh lah diangkat.

* Selamat mejamu selera ...

Friday, 23 August 2013

AYAM GORENG Lemon Manis Bermadu



Assalamualaikum dan Salam Syawal semua...

'Ayam Goreng Lemon Manis Bermadu' nama diberi kepada menu hari ini.
Tidak pedas tetapi harum dengan bauan lemon yang diperah kedalam madu yang dimasak.

Hidangan ini dibuat pada hari raya ke 3 tempoh hari, untuk hidangan tetamu yang datang jauh dari Johor.

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
Minyak untuk menggoreng
1 ekor ayam (dipotong bersaiz kecil)

BAHAN B
5 camca besar penuh tepung beras
1 biji telur ayam
3 camca teh serbuk 'Maggi Cukup Rasa'
1 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
3 camca besar air kapur
sedikit air
sedikit garam

BAHAN C
1 camca besar penuh butter
6 camca besar madu lebah
perahan jus lemon dari 1 biji

BAHAN D 
1 biji lemon (dipotong bulat dan tebal) 
1 biji bawang besar (dipotong bulat dan tebal)
10 biji cilipadi (jika suka sedikit pedas)

Cara-Cara Memasak:-
1. Bahan B di campur kesemua sekali. Pastikan kecairan tepung adalah saperti untuk goreng pisang.
2. Panaskan minyak dalam kuali, celup ayam kedalam bahan B dan goreng sehingga masak. Pastikan semasa menggoreng kuali ditutup tudung nya untuk memastikan isi ayam bahagian dalam masak sepenuhnya dan ayam tidak keras selepas dimasak. Angkat.

3. Dalam kuali yang berasingan, panaskan dan masukkan butter, biarkan ia cair seketika kemudian masukkan madu diikuti dengan perahan jus lemon.
4. Biarkan beberapa minit, angkat dan curah pada ayam yang telah digoreng tadi.
5. Taburkan dengan bahan D. Siap

* Selamat menjamu selera ...
 

Thursday, 22 August 2013

RENDANG PEDAS DAGING



Assalamualaikum dan Salam Syawal..

Entry hari ni adalah resepi daging yang telah dimasak untuk Hari raya tempoh hari.
Untuk dimakan dengan nasi dan juga dicicah dengan ketupat pulut.

Memang pedas tetapi amat menyelerakan. Memang sedap...dengan aroma 'minyak sapi' dan sipi-sipi rasa 'buah pala' emmmm..........

Kepada yang kurang gemar masakan pedas bolehlah dikurangkan cili padi yang digunakan ya...

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
1 kilo daging (dipotong mengikut saiz kesukaan)
2 sudu besar penuh rempah kari daging 'BABAS'
4 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
santan dari 1 biji kelapa
4 tangkai daun kari
1 asam keping

BAHAN B (dicampur semua dan dimesin halus)
30-40  biji cili padi
1 inci halia
2 helai daun kunyit
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 ketul lengkuas sebesar 1/2 tapak tangan
1 'biji buah pala' (boleh di beli di kedai mamak)
3 sudu besar minyak masak (untuk mempercepatkan proses mengisar)

BAHAN C
3 sudu besar penuh minyak sapi 'Ghee Blend'

Cara-Cara Memasak:-
1. Satukan bahan-bahan A dan B kedalam kuali dan masak sehingga kuah menjadi pekat (1/2 kering).
2. Sentiasa di kacau supaya tidak berkerak/hangit
3. Masukkan minyak sapi 'Ghee Blend' dan teruskan memasak sehingga menjadi pekat mengikut kesukaan kita.

* Selamat menjamu selera .....




Wednesday, 21 August 2013

DADIH PERISA KELADI Selembut Salju ...



Assalamualaikum dan Salam Syawal semua....

Hari ni saya nak kongsikan resepi dadih yang menjadi kegemaran keluarga saya. Yang ini dibuat tempoh hari sebagai juadah berbuka puasa 6 syawal. Dapat lah 10 gelas kecil cukup untuk sorang satu. 

Semasa makan, masuk mulut je terus hilang, masuk je hilang !
Lembutttttttt sangat-sangat !

Resepi nya amat simple dan mudah sekali. Siapa-siapa pon boleh buat. 
* Tapi pastikan ia dibekukan dalam gelas/acuan yang akan digunakan terus semasa makan.

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
2 gram agar-agar tali
3 helai daun pandan
300 ml air

BAHAN B
700 ml susu kotak 'Dutch Lady Full Cream'
100 gram gula putih
3-4 titis perisa Keladi (boleh dibeli dikedai menjual bahan-bahan bakery)

Cara-Cara Memasak :-
1. Masukkan kesemua bahan A kedalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga agar-agar larut.
2. Masukkan bahan B dan teruskan memasak sehingga gula larut dan susu mendidih sedikit sahaja.
3. Padamkan api dan biarkan ia sejuk sedikit  ~ 15 minit.
4. Tapis dan masukkan kedalam gelas untuk dibekukan.
5. Sejukkan dalam peti ais ~ 2 jam sebelum dimakan.




Monday, 19 August 2013

AIR SARBAT Biru Ombak Rindu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih dalam mood Hari Raya lagi kan !
Apa kata kita sajikan air sarbat untuk tetamu yang datang... lagi meriah dengan sirap buatan sendiri lagi beherba !

BAHAN A
2 kilo Gula putih 
10-15 helai daun pandan
1 botol air biasa (saiz botol sirap F&N)
Beberapa titis pewarna biru 'Star Brand'
4 batang kulit kayu manis

* Boleh juga di masukkan biji selasih jika suka (direndam ~5 minit sebelum dimasukkan kedalam Bahan A )

Cara-Cara Memasak:-
1. Masukkan semua bahan A kedalam periuk dan masak sehingga gula larut dan daun pandan betul-betul layu.
2. Sejukkan dan masukkan kedalam botol.

Thursday, 15 August 2013

SAJIAN DIHARI LEBARAN



Assalamualaikum dan Salam Syawal... kepada semua,
Kita jamu mata dengan hidangan dihari lebaran, Alhamdulillah... cukup ringkas sekali...dan yang pasti sedap

  Ketupat Pulut Daun Pisang. Resepi nya Disini ....

Rendang Pedas Daging... emmm memang pedas 'berdesing'

Butter Cookies... resepi nya Disini...

Milky Oat Cookies

Cornflake Madu Berbuah



Wednesday, 7 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434 / 2013


Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ....

Tuesday, 6 August 2013

DANISH BUTTER COOKIES


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ....

Alhamdulillah lagi on 'Danish Butter Cookies'.  Resepi sama saperti Danish-Butter-Cookies sebelum ini..
Kena pastikan cookies ni dimasak sepenuh nya .. aka betul-betul Ranggup. api kena perlahan, tapi lama sikit lah masak membakar, Hasil nya Sebiji sama saperti Butter Cookies dalam tin 'berbentuk bulat' yang dijual dipasaraya-pasaraya besar tu. Dah lama saya mencari resepi ini, alhamdulillah akhir nya.......

Jom kita semak resepi....

1 biji telur (Gred A)
200 gram butter (SCS)
130g gula icing
320g tepung gandum
1 camca besar Vanila essen

Cara-Cara Membuat nya
1. Campur semua sekali kedalam mangkuk adun dan gaul sehingga sebati (hari ni saya gaul secara manual... pakai tangan saja)
2. Menggunakan 'cake decorating berbentuk' (Rujuk post sebelum), pipekan kedalam dulang pembakar yang di sapu sedikit minyak / atau alaskan dengan kertas kek.
3. Taburkan sedikit gula-gula bewarna (jika suka).
4. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C, api atas dan bawah. (saya kurangkan paras suhu dan tambahkan tempoh memasak supaya ia lebih ranggup (bergantung kepada oven masing-masing)

Monday, 5 August 2013

GULAI TULANG BETIK MUDA


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...

Posting menu berbuka untuk kali ini... Gulai Tulang yang disulam dengan Buah Betik Muda. Pernah makan buah betik yang di buat gulai ? Kalau belum pernah, cuba lah, amat sedap tapi mesti betik Muda tau....... bukan betik yang 1/2 atau masak sepenuhnya.

Jom kita semak resepi.

BAHAN A
3/4 cawan Minyak Masak

2 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
3 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
3 tangkai Daun Kari
Halia di hiris nipis memanjang
8 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 biji Bawang Besar (ditumbuk)

BAHAN B (Campur semua sekali)
1 kilo tulang lembu
1 sudu besar kerisik
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
2 paket Serbuk Kari Ayam Babas + 1 mangkuk air
2 asam keping

BAHAN C
1 mangkuk Santan Cair
1 biji betik muda (dibuang kulit dan dibelah mengikut saiz kesukaan)
Garam

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk .
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bertukar keperangan dan berbau harum.
3. Masukkan Bahan B dan masak sehingga terbit minyak yang banyak dan daging empok. Sentiasa dikacau supaya tidak hangit dan berkerak.
4. Masukkan bahan C dan kecilkan api. Biarkan kari masak perlahan-lahan dan betik masak sempurna dan lembut.
5. Siap dan boleh di hidangkan

* Selamat menjamu selera ...



Sunday, 4 August 2013

DANISH BUTTER COOKIES


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ....

Alhamdulillah pagi ni siap dah cookies yang diidam-idamkan. Setelah beberapa hari asyik dok terjengok-jengok terjengok-jengok tingkap dapur rumah sahabat-sahabat di alam maya ini, dah akhir nya terpikat pada hasil tangan Bisous A Toi. Resepi asal nya adalah dari Travelling foodies.

Nanti malam boleh lah rasa.

Jom kita semak resepi....

1 biji telur (Gred A)
200 gram butter
130g gula icing
320g tepung gandum
2 camca besar essen vanila 

Cara-Cara Membuat nya
1. Campur semua sekali kedalam mangkuk adun dan gaul sehingga sebati (hari ni saya gaul secara manual... pakai tangan saja)
2. Menggunakan 'cake decorating berbentuk' saperti gambar, pipekan kedalam dulang pembakar yang di sapu sedikit minyak / atau alaskan dengan kertas kek.
3. Taburkan sedikit gula-gula bewarna (jika suka).
4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 160 C, api atas dan bawah.

Friday, 2 August 2013

KETUPAT PULUT DAUN PISANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Beberapa hari lagi kita akan menyambut hari Raya, Tentu dah banyak buat kuih kan...
Saya kalau tak ada aral melintang, In Syaa ALLAH plan nak mula esok, buat ala kadar saja.
Esok dah mula cuti... cuti panjang.....

Raya ni anda buat lemang ke ketupat ?
Saperti tahun-tahun lepas saya akan buat ketupat. Tapi bukan ketupat daun palas tapi  daun pisang.
Kenapa ? Kerana ketupat ni akan emm............berbau lebih wangi dari ketupat daun palas.

Jom kita semak resepi nya...

1 kilo BERAS PULUT biasa
1 1/2 kilo Santan Pekat dari 4 biji kelapa (Jika Pulut SUSU, santan lebihkan sedikit = 1750 gram)
18 gram Garam halus (Sukatan garam ini sudah cukup menjadikan pulut lemak-lemak manis)
2 camca besar gula putih

5-6 pelepah daun pisang (dilayur diatas api terlebih dahulu)
tali rafia (dipecahkan kepada  4)

Cara-Cara Memasak Pulut :-
1. Basuh pulut beberapa kali untuk memastikan ketupat tahan lebih lama.
2. Masukkan pulut, santan, garam dan gula kedalam periuk dan tanak saperti tanak/masak nasi biasa.
3. 3-10 minit pertama selepas pulut diletakkan atas dapur, Kacau Dibahagian bawah untuk mengelakkan ia berkerak. Jangan ditinggalkan sehingga santan betul betul kering.
4. Perlahankan api sekecil yang boleh dan tutup periuk saperti memasak nasi.
5. Masak sehingga pulut masak sepenuhnya atau 3/4 masak.

6. Sudukan pulut anggaran 40 gram keatas daun pisang, gulung dengan daun pisang disusuli dengan memadatkan pulut kebahagian tengah.
7. Potong untuk memperkemaskan lebihan daun pisang.
8. Ikat dengan tali rafia. Sekiranya pulut ditanak 3/4 masak, ikatan harus dibiarkan sedikit longgar. Tetapi jika telah dimasak sepenuh nya, ikatan bolehlah diperketatkan sedikit.
9, Kukus 45 minit - 1 jam

TIPS:
Jangan di-tinggalkan pulut semasa memasak kerana santan cepat kering dan hangit.

Thursday, 1 August 2013

KUNG-FU SAYUR ANAK SAWI


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Posting menu sayur aja hari ini  ya.. Jom kita semak resepi .....

BAHAN A
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar yang bersaiz sederhana (dihiris nipis)

BAHAN B
1 1/2 cawan air biasa 
1 camca teh serbuk 'Maggi Cukup Rasa'
5 ekor udang hidup yang bersaiz sederhana
5 sausage 'Ayamas' (Cheese)
sedikit garam

BAHAN C
Beberapa Sayur sawi yang bersaiz kecil
1/2 camca besar Tepung Jagung + 1/3 cawan air biasa

BAHAN D
1 biji telur ayam (dipukul/kocak sedikit)

Cara-Cara Memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan A dan goreng sehingga ia bertukar hampir keperangan dan wangi.
2. Masukkan bahan B dan biarkan sehingga kuah mendidih.
3  Terus masukkan sayur, biarkan ~1 minit, masukkan bancuhan tepung jagung.
4.  Apabila kuah sudah mendidih kembali, tuang telur dalam bentuk pusingan (supaya telur tidak masak berketul). 
5. Siap

* Selamat berbuka puasa ....