Sila Click sini ya... Terima Kasih !

MASALA MASALODEH ...yang ranggup


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kuih ini......
ada yang kata masalodeh,
ada yang panggil Vada,
juga ada yang sebut vadai....
yang pasti ia adalah kuih yang sama.
rasa nya sedikit berjintan dan ranggup !

Amat menyelerakan....
Sesuai untuk sarapan pagi, juga enak sebagai hidangan minum petang.

Jom kita semak Resepi ...

BAHAN A
Minyak untuk menggoreng (goreng tenggelam)

BAHAN B
250 gram Kacang Dhal (direndam 4-5 jam, kemudian di blender tanpa air, tidak perlu dimesin semua terlalu hancur, jika ada yang masih berketul dibiarkan saja)
1 biji bawang besar (dibelah 8, dan dihiris sederhana tebal)
3 biji cili kering (dihiris nipis)
1 sudu teh jintan manis biji (ditumbuk halus)
1/2 sudu teh jintan manis biji (x perlu ditumbuk)
1 batang kulit kayu manis (ditumbuk halus)
2 tangkai daun kari (dihiris nipis)
sedikit daun sup (dihiris sederhana tebal)
sedikit garam

Cara-Cara Mengadun.
1. Satukan semua dalam satu bekas dan campurkan sehingga serata.
2. Jemput anggaran 50 gram dan dibulat-bulatkan dan ditekan sedikit supaya menjadi sedikit leper.
3. Goreng tenggelam dalam minyak yang panas.

* Selamat menjamu selera ...

4 comments:

  1. Assalamualaikum sedap dibuat kudapan diwaktu petang

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Umie Jazz. betul .. lagi-lagi sambil mengadap Tv , sekejap saja habis sepinggan tak perasan pon,

      Delete
  2. Salam Maulidur Rasul Faudziyah, dulu2 kakpb selalu buat tau. Siap jual lagi. Skrg dah lama tinggal, resipi pun lupa...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul juga kepada zana dan keluarga, Dulu-dulu saya memang tak berapa suka, tapi semenjak 2 menjak ni rasa sedap pula,

      Delete

Powered by Blogger.