Nuffnang

SAMBAL TEMPE Aroma Garlic..


Assalamualaikum semua ..

Hari ini saya nak kongsikan lauk tempe yang telah dimasak oleh Chef Jannah ... 
Citarasa Jawa ..

BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari

BAHAN B (dimesin halus)
sedikit belacan
12 biji cili kering (direbus dan ditapis)
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar ikan bilis

BAHAN C
sedikit air asam jawa
2 sudu besar gula putih
sedikit garam

BAHAN D
3 keping tempe (dihiris nipis dan digoreng dengan api perlahan sehingga ranggup)
Sedikit kacang tanah (digoreng)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A.
2. Apabila bawang telah sedikit garing, masukkan bahan  B dan C. 
3. Masak dengan api yang perlahan sehingga pekat.
4. Masukkkan tempe yang telah digoreng dahulu,kacang goreng dan hirisan bawang putih.
5. Siap.

* Selamat menjamu selera ...

4 comments:

  1. Salam Faudziyah.

    Whoa! Tampak menarik lah hirisan tempe tu di tambah dengan warna cili. Yummy! Dah kecur air liur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Honey, sekali sekali makan tempe memang amat menyelerakan... lagi-lagi anak saudara yang masakkan. hehehe...

      Delete
  2. assalamualaikum
    sioknya tengokblog ni. semuanya menyelerakan :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.