A

A

KEK LAPIS SARAWAK .....Biskut Marie





Jom layan Kek Lapis Sarawak pula...

BAHAN A
250g butter
130g gula kastor
14 biji kuning telur (gred A)
5 sudu besar susu pekat manis

BAHAN B
7 putih telur
1/4 camca teh cream of tartar
130g gula kastor

BAHAN C (satukan)
100 g tepung Hong Kong (saya gantikan dengan tepung gandum)
80 g biskut marie  (dikisar halus)
1 camca teh baking powder

BAHAN D
perasa vanila, pisang, coklat, pandan, orange, strawberri
pewarna kuning, hijau, orange, merah

Cara- Membuat nya:
Adunan 1
1. Sapu kan dasar tin 8inci x 8inci x 3inci dengan sedikit butter/mentega dan alaskan dengan kertas minyak.
2. Putar butter dan susu hingga sebati, kemudian masukkan gula kastor dan putar hingga putih.
3. Tambah kuning telur satu persatu sambil terus putar shingga kembang dan gebu.
4. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah disatukan sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Ketepikan.

Adunan 2
5. Dalam mangkuk pengadun lain yang bersih dan kering, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih.
6. Masukkan gula kastor dan terus memutar hingga kembang dan kental.

7. Masukkan adunan 2 (putih telur) ke dalam adunan1 (butter) dan gaul dengan menggunakan kaedah kaup balik dan kacau hingga sebati. *Jangan terlalu lama
8. Bahagikan adunan kepada 9 bahagian, 4 bahagian disatu dan dimasukkan esen vanilla dan dikacau rata
9. Bahagian-bahagian yang lain, ditambah perasa dan pewarna yang tercatat diatas. Kacau rata dan ketepikan.

Saya bakar menggunakan oven kek lapis sarawak (api gas yang kecil)
10. Sudukan adunan vanila sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar 5 - 7 minit hingga keperangan
11. Keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis, sapu dengan butter dan lapis dengan adunan vanila lagi.
12. Ulang sehingga menjadi 6 lapisan,

13. Untuk perasa coklat, bahagikan adunan kepada 2 bahagian
14. Masukkan satu bahagian ratakan dan bakar 5 - 7 minit hingga keperangan
15. Keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis, sapu dengan butter dan lapis lagi dengan sebahagian adunan yang tinggal

Ulang langkah 13-15 untuk perasa yang lain dan yang akhir sekali perasa vanila yang masih tinggal.

* Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum dikeluarkan dari tin

9 comments:

  1. malam yg dingin bertemankan kek ni mmg best ni FHA kan cantikkk

    ReplyDelete
  2. salam..

    saya suka makan kek lapis sarawak ni..sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Bbwana. Lama saya tak melapis. Bila nak buat ni fikir 10 kali. rasa macam tak sanggup nak tunggu sebiji kek siap

      Delete
  3. Wah! Ini dah cukup bagus! Tabik spring kat FHA... saya dah lama sangat tak melapis he heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tak melapis ni Amie, sampai terkial kial hehehe...

      Delete
  4. Aduh mak ai..!!! sangat terlior....

    ReplyDelete
  5. Sudah lama saya nak cuba melapis... tapi takut. Tengok macam susah saja. Terima kasih.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.