A

A

RENDANG AYAM Kuali Besar


Assalamualaikum semua

Jom layan lauk hidangan untuk tengahari semalam utuk majlis bacaan doa selamat dan Tahlil.

'Rendang Ayam Kuali Besar'...


BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis
1 sudu besar minyak sapi GHEE Blend
3 kuntum Bunga Lawang
6 kuntum Bunga Cengkih
4 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
3 tangkai daun kari

BAHAN B (Dimesin halus)
2 inci Halia
sedikit lengkuas
5 batang serai
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu teh Jintan Manis 
1 sudu teh Jintan Putih
1 sudu teh Lada Hitam
1 'biji buah pala' 

BAHAN C
5 sudu besar penuh Serbuk Kari Ayam Babas
1 sudu besar kerisik
Santan dari 2 biji kelapa
3 keping Asam gelugor
Garam

BAHAN D
2 ekor Ayam (dipotong sederhana besar)
5 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 sudu besar gula putih
2 sudu besar minyak sapi GHEE Blend

Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali yang besar.
2. Tumis bahan A dan goreng wangi dan garing.
3. Masukkan Bahan B dan C. Bila rempah telah hampir pekat, masukkan bahan D dan kecilkan api.
4. Biarkan sehingga ayam masak dengan sempurna dan kuah menjadi pekat semula.
5. Siap dan boleh di hidangkan.

* Selamat menjamu selera ...

3 comments:

  1. Ho hooo memang kena masuk kuali besar ni... baru dapat hasil terbaik!

    ReplyDelete
  2. lamanya x merendang....bila la nk dtg angin rajin ni..huhu

    ReplyDelete
  3. Sedapnya rendang tu... k.gee pun buat rendang makan dgn pulut tanak sempena harijadi anak dara k.gee... sedap kan...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.