Sila Click sini ya... Terima Kasih !

KERABU PUCUK UBI Citarasa Kampung ...........



Assalamualaikum semua..

Pernah buat kerabu pucuk ubi ?
Kalau belum jom ikut saya kedapur ......

Pucuk Ubi Kayu (Direbus sehingga empok dan dipotong anggaran 1 inci).  * Saya ambil masa 3 jam lebih untuk memastikan ia betul-betul lembut

2 biji bawang besar (dibelah 2 & dihiris sederhana tebal)
15 ekor Udang Hidup (Dibuang kulit dan direbus sekejap)
segenggam taugeh segar
1 biji limau nipis (diambil jus nya)
3 biji cili merah + sedikit belacan (ditumbuk) * Boleh digantikan dengan cili padi jika suka pedas
2 sudu besar beras (disangai dan ditumbuk hancur)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
4 batang serai (dipotong kecil dan ditumbuk halus)
2 inci halia (dihiris nipis memanjang)
1 biji tomato segar (dihiris sederhana tebal)
garam

* Boleh di  masukkan sedikit kerisik jika ada

Cara-Cara
1. Masukkan semua diatas kedalam mangkuk dan digaul rata.

* Selamat menjamu selera ...

4 comments:

  1. 3 jam...? adoiiii.... nak mintak yg dh siap jer laaa.... hihi

    ReplyDelete
  2. pucuk ubi buat urap sedap..

    ReplyDelete
  3. jemput singgah blog izan.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Gee,

    Terliur I tengok. So far tak pernah lagi dengar kerabu pucuk ubi. Kena try ni!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.