A

A

NASI GORENG LOBAK MASIN Citarasa Mak Ndak...


Assalamualaikum semua...

Jom layan Nasi goreng untuk sarapan pagi.....

BAHAN A
Minyak untuk menggoreng
1 genggam Lobak Masin (dipotong kecil)

BAHAN B
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 sudu teh lada hitam + lada putih (ditumbuk halus)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga

BAHAN C
Sedikit Daging (dipotong kecil)

BAHAN D
1 Mangkuk nasi putih
6-8 biji cili padi (dipotong kecil)
Sedikit kicap manis kipas udang
sedikit garam

Cara-Cara Memasak.
1. Panaskan minyak didalam kuali dan goreng lobak masin sehingga hampir garing dan angkat.
2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan B sehingga garing,
3. Masukkan bahan C dan teruskan menggoreng sehingga daging masak.
4. Masukkan bahan D dan gaul sehingga nasi bergaul rata dengan bahan tumis.
5. Sebelum angkat masukkan lobak masin yang telah digoreng tadi, gaul sekejap dan terus diangkat.

* Selamat menjamu selera ...








1 comment:

  1. Salam Kak Gee,

    Ya Allah sedapnya. Lama tak buat nasi goreng. Boleh cuba nanti ni. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.