A

A

PUFF RANGGUP Sardin Pedas Berapi ...







Assalamualaikum

Jom layan puff lagi dan lagi 

BAHAN A
10 keping Puff Pastry

BAHAN B (campur semua dan digaul rata)
2 ekor Ikan Sardin Tin (dilenyek sederhana hancur)
1 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris nipis)
10-12 biji cili padi kampong (dihiris nipis)
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 biji limau Kasturi
sedikit garam

Cara-Cara Membalut:-
1..Ambil sekeping puff pastry. Alaskan  pastry dengan plastik yang tersedia supaya tidak melekat.
2. Pastri dipotong kepada 2 bahagian. Pastikan satu bahagian sedikit besar dari bahagian yang lagi satu yang akan dijadikan sebagai pembalut dibahagian atas
3. Kelar-kelar bahagian yang besar tadi mengikut corak yang dikehendaki
4. Pada satu bahagian lagi, masukkan 1 sudu inti keatas nya dan tutup dengan kepingan yang berkelar tersebut.
5. Kemaskan tepinya dan tekan kuat sedikit dengan garfu.
6. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah di sapu dengan sedikit minyak sayur.
7. Sapu atas puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 30-40 minit atau sehingga keperang-perangan.

* Selamat menjamu selera ..


2 comments:

  1. Owh... bubuh cili padi rupanya! Ni mesti sampai kuar asap dari tinga ni he hehheh.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.