A

A

DALCA SAYUR TUMIS DARAT ....harummmm


Assalamualaikum...

Juadah iftar hari ke 15 ini dimasak oleh anak saudara saya Siti Nurul Jannah.
Memang sedap...
Aroma dalca ini memang harummmmm...

sedap ke tak sedap ? ... haaaa  sampai bangun sahur beberapa kali semata-mata nak makan dalca ini.
Kalau ada roti pon sedap juga

Jom kita semak resepi

BAHAN A
1 sudu besar penuh Rempah kari Daging
1 sudu teh  kunyit
1/2 kilo daging
segenggam kacang dhal (direndam semalaman dan dibasuh. Jika terbeli dhal yang keras, mesin/tumbuk hancur terlebih dahulu)
Air untuk merebus

BAHAN B
Santan Pekat (1 mangkuk)
2 biji ubi kentang
2 biji terung 
1 kiub KNOR 'DAGING LEMBU'
garam

BAHAN C
1 batang Lobak merah
10 kacang panjang
4 jangung muda

BAHAN D (* menjadikan aroma dalca amat harum sekali)
2 camca besar minyak sapi GLEEBLEND
8 ulas bawang kecil merah (dihiris nipis)
halia sebesar ibu jari (dihiris nipis dan memanjang)
2 tangkai daun Kari
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
sepokok daun sup (dipotong~ 1inci) 

BAHAN E
3 biji cili merah/cili api (Di hiris halus)
2 ulas bawang putih (Di hiris halus dan memanjang atau nipis)
2 tangkai daun sup (Di potong kecil)

Cara-Cara Memasak
1. Rebus Bahan A selama ~ 2 jam atau sehingga kacang dhal dan daging empuk.
2. Masukkan Bahan B. Perlahan kan api supaya santan tidak pecah minyak.Masak sehingga santan hampir-hampir mendidih
3. Masukkan Bahan C. Masak ~ 5-10 lagi. Pastikan sayur tidak terlebih masak dan boleh diangkat.

4. Dalam kuali yang lain, panaskan Minyak sapi Gleeblend.
5. Masukkan Bahan D dan goreng sehingga bau harum dan bawang kekuningan.
6. Terus masukan gorengan ini bersama-sama minyak sapi...kedalam periuk DALCA (3) di atas.

7. Semasa nak makan, taburkan bahan-bahan E diatas 'DALCA' tadi.

* Selamat berbuka puasa ...


2 comments:

  1. Hmmm...sampai ke sini aroma dalca Siti Nurul jannah menusuk-nusuk lubang hidung untie... sabar jelaaaa....

    ReplyDelete
  2. tengok saja dah tau sedap nya dalca tu..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.