A

A

TOMYAM SOTONG... King




Assalamualaikum semua ...
Sekejap saja dah masuk hari ke 9 kita berpuasa.

Hari ni nak kongsi lauk berbuka semalam..
Dah lama tak makan tomyam.

Kali ni saya beli sotong yang bersaiz besar..besar tu....berat hampir 1/2 kilo
1 ekor dah cukup

BAHAN A
Air secukup nya sebagai kuah
2 kiub Tomyam 'KNOR'
4 batang serai (diketuk lebam)
10-15 biji cili padi (diketuk lebam)
garam

BAHAN B
1 ekor sotong besar berat ~ 1/2 kilo (Dipotong kpd lapan gelungan)

BAHAN C
Bunga Kubis (Putih)
1 Batang  Saderi (dipotong 1 inci tebal)
2 biji tomato (dibelah 4)
4 helai daun limau Purut (dikoyak kan sedikit supaya aroma nya keluar)
1/2 biji limau nipis (diambil air nya)
Daun ketumbar

Cara-cara memasak
1. Masukkan bahan A kedalam periuk dan rebus sehingga mendidih.
2. Masukkan sotong dan teruskan merebus sehingga sotong masak.
3. Sebelum angkat, masukkan bahan C.

* Selamat berbuka puasa ..


.



11 comments:

  1. Mak ai..! bosanya sotong.... bak nk tomyam semangkuk... hari ni malas memasak... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cincai.. cincai lah ....Semangkuk RM 10. Kalau kat hotel tak dapat harga macam tu. haha

      Delete
  2. beso nau sotongnya..
    janggutnya pun pnjng beno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupon besar, tapi isi nya tak liat. sedap !

      Delete
  3. Salam Kak Faudziyah,

    Lapaq niiiiiii :'(

    ReplyDelete
  4. Wah! Ini memang betul-betul tomyan sotong king... bukan main lagi terjulur tangan sotongnya tu... nyum nyummm!

    ReplyDelete
  5. aduhaii..terliur pulak..simple nya tom yam ni... senang nak buat, x perlu byk sgt bahan..hehehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.