Sila Click sini ya... Terima Kasih !

BERGEDIL DAGING Qurban 2014 .... Jom buat


Assalamualaikum

Rasa nya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat  Hari Raya Aidil Adha kepada semua sahabat yang beragama Islam semua.

Kepada yang buat korban tahun ni, atau terima daging korban........
kalau ada lebihan daging bolehlah buat bergedil macam saya ni hehehe

Tempoh hari dah buat bergedil
tapi rasa tak puas pula makan.
maklumlah buat 1/2 kilo daging saja.
MAKA kali ni buat 1 kilo.

ha.. lega
sedap !
memang lebih daging dari ubi
puas makan 
hehehe.......

BAHAN A
1 kilo daging (dipotong kpd ketulan-ketulan kecil, direbus dan dimesin hancur tanpa air)
5 biji ubi kentang (dibelah 4, di rebus sehingga empuk, dibuang kulit dan ditumbuk atau dilenyek)
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris nipis)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus. Boleh kurangkan jika tidak suka pedas)
1 kiub daging lembu KNOR
Daun sup-5 tangkai (dihiris 1/2 inci)
sedikit cili merah (dihiris)
2 1/2 sudu besar tepung jagung (supaya tidak pecah semasa menggoreng)
garam

BAHAN B
1 biji telur + 1/4 cawan air (dikocak)

BAHAN C
Minyak untuk menggoreng tenggelam atau separug tenggelam

Cara-Cara memasak
1. Satukan kesemua bahan A.
2. Ambil sejemput anggaran 30-40gram dan bulatkan, diikuti dengan tekan sedikit supaya ia menjadi sedikit leper.
3. Panaskan minyak dalam kuali,
4. Celupkan bergedil kedalam bancuhan B dan digoreng.
Pastikan bahagian gorengan menjadi sedikit keperangan baru dialihkan ini adalah untuk mematikan ia tidak pecah.


6 comments:

  1. ooo bestnya resepi, daging dimesin hancur ye... siapalah tak suka bergedil... kalau saya buat 20 keping gerenti 13 keping masuk mulut sendiri ha hahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm Amie ni macam tau tau je.... Macam tu lah saya semasa menggoreng. Yang balance aje dihidangkan hehehe...

      Delete
  2. Menarik resipi ini, daging direbus terlebih dahulu... Mesti sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Kasihilmar, dapat daging tak ingat lain dah. terbayang bayang bergedil tu. hahaha

      Delete
  3. Salam Kak Faudziyah,

    Sedapnya bergedil! Lama tak makan. Gambar kakak selalu tip top!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum FHA..nampak sedap begedil daging ni...kalau saya makan mesti tak hingat donia ni..satu2 masuk mulot..hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.