SOTONG KUNYIT Meletop-letop !!!


Assalamualaikum semua ...

Pernah makan ayam goreng Kunyit meletup' ?
hahaha.... MELETOP  !

Kalau yang tinggal area KL ni , boleh lah singgah di PNB Darby PARK untuk merasa lauk ayam ni.

Tapi kena pi awal dan kena sanggup QUE panjang ya........
Kalau sampai pukul 1.30 alamat tengok kedai aje lah...

Tapi kali ni saya buat Sotong Goreng Meletup . Bukan ayam ya.
Jom kita tengok resepi nya............

BAHAN A
Minyak untuk menggoreng

BAHAN B
1 Kilo sotong (saya beli sotong kurita) dipotong kecil.
Tepung Goreng Tempura (saya guna Jenama BESTARI)

BAHAN C
Kunyit serbuk
garam

BAHAN D
Bawang besar
kacang panjang
Lobak merah (Kalau suka)
Cili padi

Cara-Cara Memasak
1. Sotong digaul dengan tepung dan digoreng sehingga masak dan hampir kekuningan. Diangkat dan ditoskan minyak.
2. Sotong yang telah digoreng diatas gaul pula dengan bahan C (Kunyit dan garam) . Perap ~ 5 minit
3. Goreng semula sotong tadi. Sebelum angkat masukkan bahan D.
4. Siap ....

Memang meletop sedap ...... Selamat menjamu selera !

3 comments:

  1. oooo meletup seeedaaapppp.... ingatkan sotong meletup dalam kuali hihihiiii

    ReplyDelete
  2. Teringat sotong kunyit yang mak masak dengan kacang panjang.. betul2 mengamit kenangan..
    sila sudi2 kan diri menjengah blog saya ya.. http://ruzitakitchen.blogspot.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.