Sila Click sini ya... Terima Kasih !

UDANG GORENG Tumis Cili Hidup.......


Assalamualaikum

Menu untuk dikongsi untuk hari ni adalah salah satu menu kegemaran  saya.
Saya memang suka masakan pedas.
Kalau tak ada cili .. rasa tak sah pula. tak berselera nak makan
Kalau dapat cilipadi fresh lagi sedap dibuat ulam. terutama nya cili padi kampong

Jom kita semak resepi ini

BAHAN A (diperap 5-10 minit)
1/2 kilo udang bersaiz besar
sedikit garam (sedikit saja ya, kerana udang itu sudah ada rasa kemasinan ia sendiri)
sedikit kunyit.

BAHAN B
Minyak untuk menggoreng

BAHAN C (di tumbuk)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah (segar)
10-15 biji cili padi
sedikit belacan

BAHAN D
1 sudu besar sos tiram
Jus limau kasturi (1 biji)
sedikit air

Cara-Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng Udang yang telah diperap tadi. Pastikan goreng 1/2 masak sahaja dan ditoskan minyak nya.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan C dan masukkan bahan D. Masak sehingga terbit minyak dan kuah menjadi pekat.
3. Masukkan Udang dan ratakan supaya berpalut pada kuah Biarkan seketika dan boleh lah diangkat.

Sedap makan dengan nasi panas-panas..

*Selamat menjamu selera ...




4 comments:

  1. saya suka hidangan ini dan nampak sedap!

    ReplyDelete
  2. kasihilmar... udang kalau digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan kuah atau sambal, aroma wangi nya nya lebih. Tapi udang tu jangan lah digoreng terlalu lama , sekadar 1/2 masak dah cukup

    ReplyDelete
  3. Saya ni hantu udang... masak apa pun tetap masuk mulut hihiiii

    ReplyDelete

Powered by Blogger.