A

A

GULAI NANGKA Mak Siti ...


Assalamualaikum semua ...

Nangka muda memang sedap kalau di buat gulai kan.
Kalau nak sedikit kelainan boleh juga dijadikan kerabu dengan perut muda lembu
emm.. bertambah-tambah nasi

Tapi kali ini ia dijadikan gulai a.k.a kari.
Dalam penyediaan gulai, rempah memang memainkan peranan utama
Lain rempah lain rasa nya
Kebiasaan nya saya menggunakan rempah BABAS
Tapi kali ini cuba menggunakan rempah MAK SITI

emm...
... kurang pedas
... kelainan rasa gulai
... kelainan haruman / aroma
dan yang pasti memang SEDAP

Jom kita semak resepi.

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
2 kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit halia (dihiris)

Bahan B
2 sudu besar penuh rempah kari daging 'Mak Siti'
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 cawan air untuk bancuhan rempah
2 keping asam gelugor
1/2 kilo daging (dipotong kecil)

Bahan C
1/2 biji nangka muda (direbus sehingga lembut dan ditoskan air nya)
Santan dari 1/2 biji kelapa
sedikit garam

Cara-cara memasak
1. Nangka direbus sehingga lembut dan ditoskan air nya
2. Panaskan minyak dalam periuk.
3. Tumis bahan A sehingga harum dan menjadi sedikit keperangan
4. Masukkan bahan B dan masak sehingga terbit minyak yang banyak dan rempah sedikit pekat.
5. Akhir sekali masukkan bahan C.
6. Teruskan memasak sehingga kuah mendidih selama 7-10 minit.

* Selamat menjamu selera ...

1 comment:

  1. Nangka... saya sanggup ratah sampai semangkuk... sebab memang suka lauk nangka muda!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.