A

A

MEE GORENG Dakwat Sotong


Assalamualaikum

menu sarapan pagi saya hari ini ....
simple tapi menyelerakan ...

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dibelah 2 dan dipotong besar)

Bahan B
10 ekor sotong (dibersihkan. Biarkan Dakwat hitam yang terlekat pada kepala sotong)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Sos cili
2 sudu besar Kicap manis ABC
5 tangkai cili kering (mesin halus)
sedikit air

Bahan C
Mee kuning basah
Sedikit lobak merah
Sayur Sawi

Cara-Cara Memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bahan A sehingga naik bau dan hampir keperangan
3. Masukkan bahan B. Masak sehingga kuah hampir pekat.
4. Akhir sekali masukkan bahan C.

* Selamat menjamu selera ...

5 comments:

  1. Salam Kak Gee!!

    Sedap kah rasanya? Belum pernah cuba lagi dakwat sotong dalam mana mana masakan. Psssttt.. haritu ada cuba resepi mee rebus tulang Kak Gee. Sedap! Tapi saya ada tambah sikit-sikit bahan yang lain hehe. Terimah kasih ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Honey. saya pon first time makan, Dakwat tu tak ada rasa apa-apa pon, cuma menghitamkan mee saja. Kurang sikit penggunaa kicap.... nak jaga kesihatan !

      Delete
    2. Terima kasih kerana mencoba. Menu menu yang saya masak selalu serba ringkas bahan-bahan nya... janji sedap ikut selera saya dan keluarga

      Delete
  2. as salam FHA, di Kelantan biasanya masakan sotong yang paling ringkas ialah sotong itu di rebus dengan dakwatnya sekali serta di tambah serai dan bawang.best juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Suzana. sedap tu ! Insya ALLAH boleh cuba nanti

      Delete

Powered by Blogger.