Sila Click sini ya... Terima Kasih !

Sambal Bilis ...KENTANG RANGGUP


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua sahabat-sahabat dialam maya

Rasa nya masih belum terlambat untuk mengucapkan...
Selamat menyambut ...
Bulan Ramadhan ...
Bulan penuh keberkatan
Maaf sekira nya ada terkasar bahasa atau terguris jiwa

Saperti biasa dan tahun tahun yang lalu elakkan pembaziran semasa berbuka
Ruang perut kita masih bersaiz sama
Tiada beza nya.. tiada pertambahan saiz
Cuma nafsu kita saja
melonjak-lonjak di bulan puasa
Rasa macam boleh habis kuih-kuih yang dijual di pasar Ramadhan tu
hehehe...

Eh bulan puasa tak boleh berceloteh panjang
Lauk berbuka saya semalam 'Sambal Bilis Kentang Ranggup'
memang ranggup sangat-sangat
krup-krup krup-krup krup-krup
manis, pedas, lemak ikan bilis semua ada 
sedap !  sedap !

Jom kita semak resepi

Bahan A
3 biji ubi kentang bersaiz sederhana
3 sudu besar air kapur

Bahan B (dimesin halus)
3 biji cili kering
3 biji cili padi
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
belacan

Bahan C
Minyak untuk menggoreng (Goreng tenggelam)
1 tangkai daun Kari
2 sudu besar gula putih
segenggam Ikan bilis
sedikit garam

Cara-Cara memasak
1. Masukkan Air Kapur kedalam bekas yang berisi 3 cawan air biasa
2. Kentang dibuang kulit dan di sagat nipis dalam bekas air diatas. 
3. Panaskan  minyak dalam kuali dan goreng Kentang. Pastikan ia digoreng dalam kuantiti yg sederhana (saya bahagikan kepada 3 gorengan)  untuk mengelakkan ia melekat antara satu sama lain.
Jika kentang dah mula nampak warna 'keperangan' kacau selalu supaya ia menjadi garing sekata.
4. Goreng sehingga keperangan barulah di angkat.
5. Goreng pula ikan bilis sehingga garing dan angkat.
6. Dengan menggunakan minyak yang sama tetapi dalam kuantiti yang sedikit tumis daun kari sehingga naik bau.
7. Masukkan bahan B, gula putih dan garam dan masak sehingga sambal menjadi pekat. (Pastikan sambal tidak cair kerana boleh mengakibatkan kentang menjadi lembik).
8. Apabila dah pekat, masukkan pula kentang dan ikan bilis. Gaulkan sehingga rata dan boleh lah diangkat.

* Boleh juga dimasukkan Kacang Goreng jika suka
* Selamat berbuka puasa

2 comments:

  1. Hohoooo... sangat menggoda! nak bawa lari sebalaaaanggg....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.